Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tengok burung merak kat Peacock Eco Park, Perai

Jumaat, 29 Disember 2023, 7:35 am0

Terletak di tepi Sungai Perai, , kawasan umum tak ada bayaran masuk. Lokasinya macam kawasan reban milik bersama penduduk di taman perumahan di sana.

9C2F18E7-23C5-4B19-8085-3E3D758F48D8.jpeg
Biru warna palak burong ya 😳.
C9D97E4D-32AD-4B34-B1C2-2F7C694A2B22.jpeg
Saiz sangkar sebesar dewan badminton court. Gambar burung putih dengan bulu ekor memanjang tu, kalau malam² tengok, menyeramkan 😱.

Mula² tiba, saya dengar bunyi nyaring macam bunyi kucing jantan nak berbini. Rupa²nya itu bunyi burung merak kat dalam sangkar ni. Sekejap bunyi dia macam ayam betina berteriak kena kejar, sekejap berbunyi kecil macam ayam tengah panik nak cari jalan keluar 😄.

A608885E-23CB-4706-A5BA-B160252EFC67.jpeg
Burung merak ni sama macam kolok, cuma tak ada balung belalai, bulu ekornya lebih panjang & cantik warnanya. Kat kepala dia tiba² ada tumbuh bulu pelepah lain jenis, nampak macam parasit yang tumbuh, menggelikan 😬.
6E9F3D4E-BE48-49D4-9336-579D15A8DBC8.jpeg
Tengah tengok burung² ni berjalan² macam kolok, tiba² terfikir ada tak orang jual burung merak dah sembelih? Mesti saiznya macam ayam belanda, masak panggang untuk sambut cuti tahun baru 😆.
7C021A32-1180-45B1-ADBD-A446E7A55FDB.jpeg
Pandai ada ayam sesat dalam sangkar burung, telur tu tak taulah telur burung merak atau telur ayam sesat tu punya 😅.
2191302E-D23C-48CD-82B9-80EF0D144D54.jpeg
Di tepi sangkar besar, ada deretan reban, dalamnya ada ayam kecil bulat² kaki berbulu ni.
994E5286-860F-4B40-9837-980E7AC7D8ED.jpeg
Dalam rebun tu juga ada burung achang yang suka men-dada ni 😂.
59EE0BE0-36D7-4B7B-BD83-254B81D0E1AF.jpeg
Si pun ada kena kandang, si puteh & si itam bulu panjang, dengan calico & si tompok hitam putih. Kesian tengok mereka berkurap kotor 😢.
589E5A8F-3DCA-4DD2-824C-4BDE058EC21A.jpeg
Ada tandas awam di tempat parking, penuh dengan hasil seni lukisan.

Semasa saya ke sini dalam jam 4 petang, lengang tak ada orang. Lepas beberapa minit saya tengok² reban kat belakang sangkar besar, ada 3 orang sekeluarga tiba. Bila saya nak balik, barulah semakin ramai datang, terutamanya kanak² & remaja sebab ada taman permainan di kawasan berdekatan.

P.s: tempat parking kat sini laluannya sempit & tebing jalan tinggi. Saya terlebih gostan waktu nak keluar, tayar belakang jatuh ke luar laluan, ke tanah, sampai tayar depan sedikit terangkat & tak dapat grip permukaan jalan, lalu kereta tersangkut sekejap tak dapat bergerak.

Nasib baek saia pro driver, bagi gostan lagi sikit sampai tayar depan cecah habis permukaan jalan, kemudian pulas² stering ke kiri kanan, barulah dapat kereta bergerak ke depan, tayar belakang naik balik ke atas jalan 😮‍💨.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1037051574128421/

Tulis komen: