Resipi pan-seared salmon dengan sayur kuah kari Jepun

241781557_381883173381498_3798075557196248858_n.jpg

Khamis, 16 September 2021, 11:35 am308

Ada 3 part untuk sempena hari Malaysia hari ni – masak nasi guna mess tin, masak sayur kuah kari Jepun & pan-seared ikan salmon.

Mess tin ialah bekas aluminium selalu digunakan camper atau askar dalam hutan untuk masak makanan terutamanya nasi. Bahan api yang selalu digunakan bersama ialah solid fuel tablet, yang mana ia terbakar selama kira² 15-20 minit, tempoh yang sesuai untuk menanak beras hingga betul² masak jadi nasi.

Saya masak satu kong beras dengan sukatan air hingga nombor satu pada takat dalam mess tin tersebut. Hasilnya lebih kurang sama macam masak nasi guna periuk elektrik 👍.

Saya dah lama nak cuba kari Jepun yang dijual kat kedai Everrise. Brand yang dijual ialah Golden Curry, medium hot. Diperbuat daripada bahan² berasal daripada tumbuhan, jadi tak risau status halal.

Menurut cadangan masakan & juga daripada video memasak ⁽¹⁾ camper dari Jepun, Tabi Ie (Tales Along The Way) ⁽²⁾, selalunya kari ini dimasak bersama daging & sayuran seperti lobak merah & kentang. Tapi saya hanya nak masak sayur saja – lobak merah, capsicum (lada benggala) & bawang putih. Untuk lauk, nak buat asing².

Cara nak masak sayur kari Jepun ni memang cepat & ringkas. Tumis bawang & sayuran guna sedikit minyak masak sehingga jadi warna perang sedikit (caramelized / browning). Lepas tu tambah sedikit air, biar mendidih. Bila dah mula mendidih, masukkan satu kiub kari yang dipecah²kan supaya senang larut. Bubuh secubit garam, kemudian biarkan lagi mendidih sehingga kuah menjadi pekat, sambil kekal mengacau² masakan supaya tak melekat & hangus pada bahagian bawah.

Satu kotak kari Jepun ni ada 8 pecahan kiub, satu kiub cukup untuk satu hidangan. Seminggu dua ni saya kari jak la ni 😆.

Pan-seared ni saya tak pasti apa istilahnya dalam bahasa Melayu. Tapi ia adalah teknik menggoreng daging atau ikan dengan menggunakan sedikit minyak pada kuali sehingga menghasilkan permukaan isi yang garing. Selalunya daging steak dimasak dengan cara ini.

Nak pan-seared isi ikan pun dapat juga. Apa yang saya dapati ialah kena kerap menggerak²kan isi ikan semasa menggoreng supaya tak melekat pada kuali. Saya gunakan kuali untuk camping, jenis cepat panas, jadi saya guna api sederhana supaya bahagian luar isi ikan tak terlalu cepat masak hingga hangus, tapi bahagian dalam masih belum masak, sebab isi ikan ini agak tebal juga.

Potongan ikan salmon yang saya pilih ini adalah keratan rentas bahagian tengah ikan, ada bahagian atas isi yang padat & bahagian bawah dekat kawasan perut yang mengandungi banyak lemak ikan. Bahagian ini yang saya suka, lebih² lagi kalau ikan tu dimasak cara bakar, bahagian bawah ikan yang lembut, berminyak, tak bertulang tu makan dengan nasi panas 😋.

Secara keseluruhannya, saya suka buat resipi ni, sebab mudah & ringkas, tapi hasilnya macam rasa makan kedai mamak. Kari Jepun ni tak macam kari India yang lebih pelbagai rempahnya, ia lebih kepada rasa kunyit & tak pedas. Lepas ni saya pasti akan cuba lagi masak kari ni dengan lauk lain, seperti ayam & daging. Dengan seafood belum pasti nak cuba, takut datang gout 😝.

Kuantiti makanan saya masak – satu mess tin nasi, satu periuk sayur kuah kari & satu potongan tebal isi salmon, boleh makan untuk 2 hidangan.

Cuma satu perkara yang saya tak puas hati, ialah apabila saya terlupa nak tekan button record video semasa memindahkan salmon ke atas nasi & menuang kuah kari ke atas hidangan 😅. Tak dapat nak tunjuk bagaimana rupa nasi yang dah masak dengan baik tu & visual kuah kari mengalir atas isi ikan salmon. Apapun, ini video penyediaan resipi hari ni:

Tengok kat Instagram

@azwan082

Selamat bercuti hari Malaysia 🇲🇾.

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=s5B-AK6qg0M
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/08/bertarung-dengan-takoyaki-%F0%9F%98%82/

Komentar (4):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/381883193381496/

Pingback: Masak sayur pun nak letak kari, part 2

Pingback: Resipi kari kambing tanpa minyak & air

Pingback: Salmon mania 🐟

Pingback: Mencuba menu Jepun kat kedai FamilyMart

Tulis komen: