Review nasi ayam gerai bazaar Ramadan kat Bayan Baru

Jumaat, 29 April 2022, 9:40 pm0

279529504_520382369531577_5835734086224288217_n.jpg
Bazaar Ramadan Bayan Baru.

Dah nak habis bulan , barulah buat review menu sungkai & sahur yang kerap saya beli tahun ni. Biasanya saya masuk ke melalui pagar bertentangan dengan Kompleks Sri Selera Bayan Baru (bahagian bawah gambar).

278930265_520382416198239_32059988991169192_n.jpg
Nasi tomato dengan ayam masak kicap.

Nasi tomato ayam ni dijual kat gerai di hujung bazaar bertentangan dengan pintu masuk yang saya nyatakan tadi. Rasa nasi & ayam dia ok, cuma ayam dia agak keras sikit. Harga RM7 sebungkus.

278929172_520382419531572_373548342239614345_n.jpg
Nasi ayam biasa.

Saya suka nasi ayam jenis ni, sebab ayam dia jenis panggang biasa, tak ada bubuh pewarna. Lepas tu ada beri sup, sos cili manis & kicap kat dalam. Harga RM7 sebungkus. Gerai dia terletak kat tengah² bazaar.

278936002_520382482864899_3744554267284001108_n.jpg
Nasi ayam kuah rendang.
279114588_520382496198231_4688898781730276027_n.jpg
Nasi ayam kuah kicap.

Gerai ni paling best, terletak betul² kat tepi pintu masuk, sebelah kanan. Ada pelbagai menu nasi ayam dengan nasi yang warna-warni. Rasa dia pula terbaik!

Ayam cukup rasa manis masin & lembut isinya. Nasi pula cukup lemak & lembut, tak kering walaupun saya simpan dalam peti sejuk untuk sahur. Harga murah sikit RM6 sebab tak bagi sup.

279159910_520382466198234_1594618709639597586_n.jpg
Nasi ayam rempah penyet.

Menu dari gerai yang sama seperti nasi ayam terbaik tadi. Ini menu dengan harga paling tinggi yang saya beli iaitu RM9, sebab ayam dia besar, ada beri sambal, sup & tempe. Nasi dia pula nasi putih saja, tak bagi nasi warna-warni 😋.

Semua menu nasi ayam 🐓 ni, sayur dia semua sama – daun salad 🥬 beserta hirisan timun 🥒 atau tomato 🍅.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/520382552864892/

Pingback: Esok puasa

Tulis komen: