Resipi kari kambing tanpa minyak & air

248689438_412828176953664_4402596746864146452_n.jpg

Khamis, 4 November 2021, 1:30 pm

Resipi kari kambing tanpa minyak & air.

Kali ni masih lagi guna kari roux Jepun brand Golden Curry, tapi jenis mild, sebelum ni ⁽¹⁾ jenis medium hot. Pastu saya masak lauk sekali dengan sayuran, tak asing².

Kelainan cara masak kali ini adalah tak ada minyak dan air tambahan yang diletak dalam masakan. Idea ini saya ikut daripada video Tabi-ie ⁽²⁾ di channel Tales Along The Way. Biasanya minyak ditambah dalam masakan sebab nak elak melekat pada periuk, dan air ditambah untuk adjust kepekatan kuah kari.

Untuk mengelak masakan melekat pada periuk, saya guna api kecil & periuk ditutup rapat supaya memerangkap haba & kelembapan. Daging kambing juga mengandungi lemak, jadi lemak yang cair tu boleh mengelakkan masakan melekat pada periuk.

Air pula diperoleh daripada kelembapan yang tersimpan dalam sayuran, seperti lobak merah & tomato ceri, dan juga daripada tauhu. Amaun yang saya masak ni nampaknya sesuai dengan 2 kiub kari roux, sebab hasilnya jadi kari yang pekat & penuh rasa 😋.

Boleh dikatakan ini cara memasak daging yang paling sihat, tak ada minyak tambahan. Garam pun saya letak akhir, selepas kari dimasukkan & api telah dipadamkan, supaya rasa masin garam kekal. Tengok video masakan ni kat reel IG:

Hasilnya, kari daging kambing ini majoritinya rasa manis. Mungkin sebab daging kambing itu sendiri, atau rasa manis daripada lobak merah, bawang besar atau capsicum. Bagi yang gemar rasa pedas, mungkin boleh tukar capsicum kepada cili padi, barulah rasa jadi lebih kick 🔥.

Happy Deepavali, mari kari 🍛.

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/09/resipi-pan-seared-salmon-dengan-sayur-kuah-kari-jepun
⁽²⁾ www.youtube.com/watch?v=s5B-AK6qg0M

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: