Jahat free kick Arif Aiman + keputusan perlawanan terakhir Liga Super 2022

311977969_773248947175353_9212667213807292746_n.jpg

Isnin, 17 Oktober 2022, 9:50 pm0

JDT vs Sabah

Minit ke-33, KFCM mengalami kecederaan groin, digantikan dengan penjaga gol simpanan, Damien Lim. Ini peluang untuk Damien membuktikan kebolehannya.

Tapi pada minit ke-39, Arif Aiman buat sepakan percuma jahat mencari penjuru atas kiri gol Sabah, Damien hanya dapat menyentuh sedikit bola, tapi dengan kekuatan & kelajuan bola tersebut, ia terus masuk gol.

Bergson menambah 2 lagi gol peribadi, menjadikan rekod gol terbanyak dalam satu musim Liga Super kepada 29 gol.

Gol ke-3 JDT melalui bicycle kick Bergson yang menyambut clearance dekat oleh pertahanan Sabah.

Minit ke-71, sekali lagi bicycle kick Bergson masuk gol, tapi dia dah offside. Kalau tak offside, dah 30 gol Bergson & mencatat hatrik.

Dengan kemenangan ini ⁽¹⁾, JDT mencapai status invincible (tanpa kalah dalam semusim) kali ke-3, selepas 2 kali pada tahun 2016 & 2020.

Kedah vs Terengganu

Oleh kerana Sabah tewas & MFL tiba² ubah peraturan hanya naib juara Liga Super layak ke Piala AFC tahun depan ⁽²⁾, maka Terengganu lah yang layak, selepas menang ke atas Kedah. Kedah pula yang dah kalah 5 kali berturut², tetap tidak koyak.

Tak koyak 🤣.

Sarawak Utd vs Melaka Utd

Kedua² pasukan ini gagal memperoleh lesen untuk menyertai Liga Super tahun depan ⁽³⁾, kerana masalah bayaran gaji pemain, serta kes FIFA yang dihadapi Sarawak Utd. Namun kedua² pasukan ada 2 hari lagi (19/10) untuk mengemukakan rayuan.

Kes Sarawak Utd ni, walaupun ada peruntukan berjuta², tetap juga payah nak bayar gaji ⁽⁴⁾. Dah terbukti yang pengurusan Sarawak Utd ni lemah & tak kompeten, macam kebanyakan syarikat kontraktor kat Sarawak, buat jalan tak siap². Rumah & kereta pihak pengurusan saja yang makin besar, pekerja & pemain kebuluran nak tunggu gaji masuk.

Keputusan

15/11
JDT 3 – 0 Sabah
Kedah 1 – 3 Terengganu
Penang 1 – 1 Selangor
PJ City 1 – 0 KL City
Sarawak Utd 1 – 0 Melaka Utd
Sri Pahang 2 – N Sembilan

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT22175061124956
Terengganu ↑122142639201944
Sabah ↓122133636261042
N Sembilan2212553326741
Selangor228683933630
KL City228593031-129
Sri Pahang ↑12284103331228
Kedah ↓12283113241-927
PJ City226882230-826
Melaka Utd2246122243-2118
Sarawak Utd2252151950-3117
Penang2225152245-2311

⁽¹⁾ https://axello.net/world-class-gol-sepakan-percuma-arif-aiman-libasan-bergson-lengkapkan-musim-invincibles-jdt/
⁽²⁾ https://web.facebook.com/aseanfootball/posts/531974235602539
⁽³⁾ https://www.stadiumastro.com/bola-sepak/liga-super-melaka-united-sarawak-united-gagal-pelesenan-kelab-mfl-222200
⁽⁴⁾ https://grandstandkita.net/menteri-sukan-sarawak-sudah-tahu-sufc-ada-masalah-pengurusan-diarah-jumpa-pun-tak-datang/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/773248980508683/

Tulis komen: