Running Man main game saham lagi

289382748_556678659235281_9089945436894007854_n.jpg

Khamis, 23 Jun 2022, 10:50 pm

Running Man main game saham lagi.

Ini episod 607, 2 minggu lalu. Kalau tahun lalu ⁽¹⁾ mereka guna rekod harga saham di bursa Korea, kali ni main guna harga saham kat US dari tahun 2014 hingga awal tahun ini.

Dalam game ini, 20 minit bersamaan setahun, setiap tahun baru, harga saham tahun tersebut akan didedahkan.

Jadi sepanjang tempoh 20 minit tersebut, ahli akan gunakan point yang mereka menangi untuk dapatkan informasi supaya dapat buat keputusan untuk beli atau jual saham yang mana satu.

Saya sebenarnya tak berapa tahu sangat tentang naik turun harga saham kat US, cuma yang saya pernah tengok hanya harga saham Apple (AAPL). Biasanya harga akan naik sehingga rekod tertinggi sebelum pelancaran iPhone baru, lepas tu harga jatuh.

Kali ini disebabkan mereka bermain guna harga saham Amerika, jadi ada beberapa saham terkenal yang mereka masih ingat harganya. Sukjin masih ingat lagi harga saham Tesla (TSLA) yang mencanak naik, lalu tak berapa peduli sangat dengan info yang diperoleh. Game kali ni lebih kepada nak teka mana satu saham Tesla 😅.

Dalam game Running Man ni, saya dapat tahu yang syarikat A IT ialah Apple, selepas dapat hint syarikat tersebut bakal melancarkan servis streaming TV & muzik. Pada tahun tersebut saya masih buat kerja mobile app development, jadi familiar dengan apa² produk & servis yang diperkenalkan Apple.

Syarikat B IT pula ialah Twitter, lepas dapat hint president baru waktu tu, Donald Trump adalah pengguna tegar produk syarikat ini.

Hint berkenaan H Sport yang menandatangani kontrak bersama Stephen Curry, memastikan bahawa ia adalah syarikat Under Armour.

Syarikat I Media pula diambilalih oleh Disney pada tahun 2016, bermakna ia adalah syarikat BAMTech. Nama syarikat ini mungkin tak berapa terkenal, tapi dengan sedikit menggoogle, dapat tahu ia adalah syarikat streaming service yang buat livestreaming sukan seperti Major League Baseball (MLB), WWE Network, kemudian ada HBO Now, sehinggalah sekarang ni ada Disney Plus.

Syarikat C Automobile pula saya hanya teka saja mungkin Ford atau Aston Martin sebab ada hint pasal recall & Brexit. Tapi rupanya memang betullah Ford, disebabkan hint CEO baru Ford merupakan bekas CEO syarikat perabot.

Dan syarikat yang paling dicari² ahli Running Man, ialah D Automobiles. Saya tak ingat kalau ada hint yang jelas menyatakan ia adalah Tesla, tapi melihat kepada harga saham yang naik 1100% pada tahun 2020, sah²lah itu Tesla.

Sampai nak tergolek Somin kena tolak Jaesuk terkejut 😆.

Cho Seho sekali dah merasa untung dengan E Bio, lalu terus² mengharap keuntungan akan datang lagi dengan saham yang sama. Ini contoh tak mempelbagaikan portfolio, letak semua telur dalam satu bakul. Hujung² tidur atas surat khabar 😂

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/03/belajar-main-saham-bersama-running-man-%f0%9f%98%82

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: