Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hujan sepanjang minggu, berpeknik dalam bilik tengok Suzuki Cup

265817046_434214574815024_6293307720436165613_n.jpg

Khamis, 9 Disember 2021, 4:55 pm0

Tak dapat nak jalan² sangat juga, kereta problem dengan gear reverse tak dapat masuk, belum giliran masuk wad 😅.

Tengok ramalan cuaca, sepanjang minggu ni akan hujan, tapi petang ni nampak matahari menyinar. Mungkin malam nanti sambung hujan.

Menu ‘minum petang’ – cheese burger tapi guna patty ayam, biasanya guna patty daging. Jadi juga, ada rasa macam burger KFC.

Pukul 5.30 nanti ada live Malaysia vs Laos, tengok De Paula masih joging² lagi ke tak 😆.

P.s: dah start dah berkibar bendera kempen 🏴‍☠️.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/434214601481688/

Tulis komen: