Cara tengok Youtube tanpa iklan tak perlu bayar premium
Rabu, 13 April 2022, 9:40 pm0
Ini betul² punya cerita. Gerenti dapat tengok #Youtube langsung tak ada iklan. Hanya perlu install app ini saja:
Gunakan Brave #browser ⁽¹⁾. Browser ini datang sekali dengan ad blocker terbina dalam (built-in). Dapat di-install dalam Windows, Mac, Android & iOS.
Bagi memudahkan untuk buka Youtube terus menggunakan Brave browser, install Youtube app menerusi browser ni. Pergi ke Youtube, akan ada ikon seperti arrow ke bawah + monitor kat address bar. Klik ikon ni dan akan keluar prompt untuk install seperti dalam gambar.
Bila dah install web app untuk Youtube, cuma search saja untuk launch Youtube menggunakan Brave browser:
- Kat macOS, Command + space bar, taip Youtube & tekan Enter
- Kat Windows, tekan logo Windows, taip Youtube & tekan Enter
Kaedah ini lebih sesuai digunakan kat PC atau laptop. Kalau guna smartphone atau tablet, cara guna Youtube versi web ada kekurangan berbanding native app Youtube. Terutamanya kalau nak tukar² mode fullscreen, guna native app Youtube lebih lancar & mudah, cuma swipe saja.