Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Farizal pengsan berlanggar dengan lori + keputusan perlawanan ke-4 Liga Super 2022

276291658_509097127326768_8245116708799268549_n.jpg

Isnin, 11 April 2022, 8:50 pm0

Walaupun berada di tangga tercorot ketika ini, kekurangan 2 perlawanan, Terengganu tetap tampil dengan permainan yang tersusun & corak menyerangnya dapat menandingi JDT.

Minit ke-7, bermula dengan hantaran ke hadapan di bahagian kiri oleh Safiq Rahim kepada Corbin Ong untuk membuat hantaran silang & ditanduk oleh Bergson untuk gol pertama.

Minit ke-31, setelah berhempas pulas, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan. Manuel Ott membuat larian solo & rembatannya tak ditangkap kemas oleh Farizal, akhirnya disambut oleh Kpah Sherman untuk ditolak masuk ke dalam gol.

Seminit lepas tu, JDT balas balik. Arif Aiman mengawal bola dari bahagian kanan, membuat lambungan ke tengah untuk Bergson sekali lagi menanduk masuk.

Minit ke-39, percubaan Kpah terkena palang. Minit ke-51, berpunca daripada hantaran Safiq Rahim, Bergson membuat larian untuk menyambut hantaran lalu berlanggar dengan Rahadiazli Rahalim, penjaga gol Terengganu. Namun bola yang masuk gol tidak dikira sebab Bergson dah offside.

Minit ke-60, semasa Terengganu mengasak JDT, Farizal Marlias bertembung dengan Shane Lowry. Nampak seperti lutut Lowry terkena bahagian muka Farizal menyebabkan dia pengsan di atas padang. Terpaksa Haziq Nazmi dibawa masuk sebagai pengganti. Insiden ini mengingatkan kembali kepada kes Cabrera pengsan tahun lalu ⁽¹⁾.

Keputusan

9/4
Penang 1 – 1 N Sembilan
KL City 2 – 0 Melaka Utd
Sri Pahang 1 – 1 PJ City

10/4
Sarawak Utd 0 – 1 Sabah

JDT 2 – 1 Terengganu
Selangor 4 – 1 Kedah

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT44001211112
Sabah ↑243015239
Kedah ↓143016609
PJ City ↓142116427
Selangor ↑131209635
N Sembilan ↓131204315
KL City ↑2411279-24
Penang ↓1403134-13
Sri Pahang ↑2201112-11
Melaka Utd ↓2401315-41
Sarawak Utd ↓1401319-81
Terengganu200215-40

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/05/cabrera-pengsan-atas-padang-keputusan-perlawanan-ke-12-liga-super-2021/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/509097903993357/

Tulis komen: