Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pengadil mengasari pemain + keputusan perlawanan ke-5 Liga Super 2022

278845046_513599113543236_4200611130951799816_n.jpg

Isnin, 18 April 2022, 8:40 pm0

Sarawak Utd vs Terengganu

Kedua² pasukan mencari kemenangan sulung musim ini, dengan Sarawak Utd berkelebihan beraksi di tempat sendiri.

Namun seawal minit ke-8, Kpah Sherman dah jaringkan gol pendahuluan untuk Terengganu, selepas melepasi perangkap offside & berdepan satu lawan satu dengan Sharbinee Allawee.

Minit ke-14, sedang pengadil berlari² dia terlanggar Habeeb Haroun, nyaris nak bagi kad kuning pada diri sendiri 😅.

Minit ke-33, Kpah Sherman dibuang padang kerana mengangkat kaki terlalu tinggi dalam perebutan bola di udara, sehingga terkena kepala Gonzalo Soto. Hangin satu badan Kpah tak puas hati.

Dalam separuh masa kedua, Sarawak nampak banyak menguasai perlawanan, selepas Terengganu hanya tinggal 10 orang pemain di atas padang, tapi banyak percubaan tak tepat.

Kawalan bola pasukan Sarawak nampak lemah, banyak sangat hantar bola tinggi, ataupun buat bola melantun.

Bila seorang pemain dapat bola, dia simpan terlalu lama, sampai pemain Terengganu dapat membuat challenge untuk merampas bola.

Rentak permainan pula tak fluid, Sarawak sering hilang bola. Lepas tu bila dapat bola, gelecek sorang², lambat nak pass pada rakan.

Tak ada nampak seperti mahu menyusun serangan. Bila dapat bola, terus sepak ke atas, tanpa ada target untuk dihantar. Sampaikan B. Sathianathan menggelar Sarawak bermain bola sepak kampung ⁽¹⁾.

Minit ke-93, counter attack Terengganu bermula daripada Faisal Halim, kepada Manuel Ott, terus kepada Zuasyraf, yang melarikan bola sehingga 1-on-1 dengan Sharbinee, diakhiri dengan jaringan yang mengesahkan kemenangan sulung Terengganu musim ini.

Sarawak belum menang² lagi, awal ucap selamat kembali ke Liga Perdana 😆.

JDT tak main pusingan ini, sebab terlibat dengan Liga Juara² Asia (ACL). Bergson mencipta hatrik ketika membenam Guangzhou 5-0 ⁽²⁾.

Keputusan

16/4
N Sembilan 3 – 1 PJ City
KL City 2 – 0 Sabah
Sri Pahang 1 – 2 Melaka Utd

17/4
Sarawak Utd 0 – 2 Terengganu
Penang 1 – 2 Kedah

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT44001211112
Kedah ↑1540187112
Sabah ↓153025419
N Sembilan ↑242207438
KL City ↑252129907
PJ City ↓252127707
Selangor ↓231209635
Melaka Utd ↑2511336-34
Penang ↓1503246-23
Terengganu ↑2310235-23
Sri Pahang ↓2301224-21
Sarawak Utd ↓15014111-101

⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/04/947139/sathia-geram-sarawak-main-macam-pasukan-kampung
⁽²⁾ https://www.astroawani.com/berita-sukan/jdt-menang-bergaya-benam-guangzhou-fc-50-357061

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/513599140209900/

Tulis komen: