Keputusan perlawanan ke-16 part 1 Liga Super 2022

298330779_726509238515991_5880368824563820809_n.jpg

Isnin, 15 Ogos 2022, 10:50 pm131

*Terengganu vs Sarawak Utd*

Sarawak bermain dengan formasi defensif 4-4-2, menyukarkan Terengganu untuk membuat gerakan masuk kotak penalti. Berkesan menghalang Terengganu daripada menjaringkan gol, Sarawak Utd mengekalkan taktikal begini masuk separuh masa ke-2.

Faisal Halim dimasukkan pada separuh masa ke-2, mengubah corak serangan Terengganu menjadi lebih pantas. Minit ke-71, larian Faisal Halim ke sebelah kanan, pantas dihantar ke tengah sehingga Gonzalo Soto tertampan bola ke dalam gawang. Walau bagaimanapun, nama Kpah Sherman dicatatkan sebagai penjaring.

Kredit diberikan kepada keeper Sarawak Utd, Tauffiq Ar Rashid yang banyak menyelamatkan percubaan Terengganu, terutamanya pada minit ke-82, gerakan 1-2 Kpah kepada Alif Zakaria di tengah ⁽¹⁾. Tauffiq telah terbaring ke sebelah kanan, bola menuju sebelah kiri tapi sempat Tauffiq mengangkat kaki untuk menidakkan gol.

Melaka Utd vs Sri Pahang

15 minit terakhir, Melaka Utd gagal untuk fokus mempertahankan kelebihan 2 gol & Sri Pahang berjaya menyamakan kedudukan.

Gol² Melaka Utd dijaringkan pada minit ke-38 oleh Ifedayo & minit ke-50 oleh Adriano. Kebangkitan Sri Pahang bermula pada minit ke-87 oleh David Rowley & minit ke-90 oleh Shahrul Nizam. Nampaknya sentuhan Dollah Salleh & Fandi Ahmad membuahkan hasil. Harapnya berterusan, jangan macam musim lalu ⁽²⁾, satu dua perlawanan saja nampak bangkit, lepas tu merudum balik.

Keputusan

13/8
Melaka Utd 2 – 2 Sri Pahang
Terengganu 1 – 0 Sarawak Utd
PJ City 0 – 2 N Sembilan

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT1412203973238
Sabah15111325131234
N Sembilan1695224131132
Terengganu ↑2146261615120
Sri Pahang155372222018
KL City ↓2145361925-618
Melaka Utd ↑2144552019117
Kedah ↓1135261824-617
Selangor ↓1134452623316
Sarawak Utd1641111537-2213
PJ City152671527-1212
Penang1514101731-147

⁽¹⁾ https://youtu.be/9f4oI3r9fwU?t=9056
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/03/ini-baru-buku-bertemu-ruas-keputusan-perlawanan-ke-4-liga-super-2021/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/726509278515987/

Tulis komen: