Keputusan perlawanan ke-9 Liga Super 2022 + U-23 Sukan Sea

  • 282107282_534805671422580_8364078424270010256_n.jpg
  • 282099566_534805691422578_2512411677988425754_n.jpg

Sabtu, 21 Mei 2022, 3:50 pm

Keputusan perlawanan ke-9 Liga Super 2022 + U-23 Sukan Sea.

Penang vs Sabah

Gol ke-3 Sabah menerusi overhead kick oleh Baddrol Bakhtiar menjadi perbualan peminat bola ⁽¹⁾, calon Puskas lagi?

JDT vs Sri Pahang

JDT hampir mengalami kekalahan pertama. Sri Pahang mendahului 2 – 1 di separuh masa pertama ⁽²⁾. Di hujung separuh ke-2, JDT dapat penalti agak kontroversi, tak nampak seperti tackle kasar dalam kotak penalti. Bergson menyudahkan penalti bagi menyelamatkan maruah JDT di laman sendiri.

Keputusan

17/5
Sarawak Utd 1 – 2 KL City
Penang 2 – 4 Sabah
Kedah 0 – 0 N Sembilan

18/5
JDT 2 – 2 Sri Pahang

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT65101531216
Sabah ↑27502136715
N Sembilan ↓18431117415
Kedah ↓194231317-414
KL City94141616013
Selangor522112938
Sri Pahang ↑182241113-28
PJ City ↓172231113-28
Melaka Utd621368-27
Sarawak Utd9216817-97
Terengganu42025506
Penang8035916-73
Malaysia U-23 Sukan Sea Vietnam

7/5: Thailand 1 – 2 Malaysia
11/5: Malaysia 3 – 1 Laos
14/5: Singapore 2 – 2 Malaysia
16/5: Malaysia 2 – 2 Cambodia

19/5 (separuh akhir)
Vietnam 1 – 0 Malaysia

Secara keseluruhan, pasukan Harimau Muda nampak berpotensi untuk mencapai kejayaan lebih tinggi. Dari segi permainan, mereka nampak lebih rajin mengejar & merampas bola, mengawal bola (possession), dan lebih teratur menyusun gerakan, jarang hilang bola. Cuma pada beberapa perlawanan terakhir, bahagian serangan nampak tumpul. Walaupun banyak peluang dicipta, percubaan yang dibuat tepat ke sasaran, cuma lemah, mudah diselamatkan pertahanan lawan. Petang esok lawan Indonesia untuk penentuan pingat gangsa.

⁽¹⁾ makanbola.com/eh-baddrol-bakhtiar-ni-macam-budak-muda-lagi
⁽²⁾ semuanyabola.com/liga-super-sri-pahang-cemaskan-jdt-penalti-bergson-muncul-sebagai-penyelamat

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: