Cuba buat roti tortilla sendiri
Khamis, 27 Oktober 2022, 10:50 am0
Cuba buat roti tortilla sendiri .
Semalam lepas habis tengok bola Piala Malaysia, tiba² datang rajin nak cuba uli sendiri roti. Tepung gandum masih ada banyak.
Idea untuk #resipi ini saya dapat daripada video Kent Survival ⁽¹⁾. Bila saya cari resipi roti tortilla & capati, bahan²nya tak jauh beza.
Saya hanya campur tepung gandum, garam, sedikit minyak masak & air, kemudian gaul sebati sebelum mula diuli.
Adunan tepung tu agak lembap pada mulanya, melekat di tangan, jadi saya tambah sedikit demi sedikit tepung & terus menguli sehingga jadi doh.
Tekstur doh tu hendaklah jadi seperti plastisin yang lembut, barulah boleh mula dimasak.
Doh tadi dibahagikan kepada ketulan kecil, lepas tu dicanai rata sebelum dimasak dalam frying pan tanpa minyak.
Kepingan pertama roti saya hanya tekan menggunakan jari. Hasilnya tak berapa nipis & lambat siap. Disebabkan kat dapur tak ada penggelek, terpaksa guna botol thermos, barulah hasilnya roti tortilla yang nipis & cepat masak.
Susu dah habis, ganti dengan krimer dari Hotel Crystal Crown JB ⁽²⁾.
⁽¹⁾ https://youtu.be/3B9nB5DQ3wA
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/09/review-hotel-crystal-crown-johor-bahru/
23 Oktober 2022