Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Buah tin dan buah ara

Ahad, 23 Oktober 2022, 10:45 am0

Mengikut pemahaman saya, buah tin & buah ara berada dalam keluarga yang sama, menghasilkan buah yang serupa.

Yang membezakannya adalah pokok tin mempunyai batang yang kecil & pohon yang rendah, seperti pohon mulberry.

Pokok ara pula berbatang besar & lebih tinggi, dapat berteduh di bawahnya.

Kalau mengikut bahasa pula, buah tin berasal dari bahasa Arab, buah ara adalah bahasa Melayu, dan dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai buah figs.

312219800_777119550121626_8337905414897795087_n.jpg
Buah ara kering dari Turki.

Dulu tahun 2013, saya ada beli produk ini daripada jenama Sun Gift ⁽¹⁾ kat Econsave di Penang. Lepas tu bila nak beli lagi, tak jumpa² langsung, yang ada hanya buah plum kering (dan buah² lain, di bawah jenama Sun Gift).

Bermula sekitar tahun 2017, ada jumpa lagi produk buah ara kering dijual semasa bulan puasa kat pasaraya Giant di Kuching. Tak ada jenama, dijual dalam bekas plastik lutsinar macam jual kurma.

Yang membezakannya ialah buah dikeringkan tanpa gula tambahan, produk Sun Gift dulu ada gula tambahan.

311567213_777119570121624_4134912886896458595_n.jpg
Buah ara kering jenama Meadows ni pun ada gula tambahan.

Tapi yang bagusnya buah ara kering daripada jenama Sun Gift & Meadows ni ialah buahnya tak terlalu kering. Masih ada sedikit kelembapan & tekstur lebih lembut, mudah digigit. Kalau buah ara kering bulan puasa tu terlalu kering hingga jadi keras, susah nak gigit dan isinya kurang rasa manis buah.

Produk buah ara kering Meadows ni saya baru jumpa balik dijual kat Giant Bayan Baru. Saiz hidangannya adalah kira² 2 biji (30g), dan 13.5g daripadanya ialah gula, dah tinggi dah tu.

Untuk setiap 100g pula ada 44.9g gula, bagi saya kalau dah lebih 10g setiap 100g, dah terlebih tinggi gula tu. Itu sebab tak dapat makan selalu buah kering ni.

Sebaiknya buah segar, tapi buah ara segar ni susah nak tahan bila diimport dari luar negara ke sini, sebab tu ia datang dalam bentuk kering.

Tapi tengok² kat Youtube, banyak dah tempat kat Malaysia yang tanam pokok ara, terutamanya yang ada kat Taman Botani Putrajaya 🧐.

⁽¹⁾ https://www.instagram.com/p/exHOBRhHGw/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/777119633454951/

Tulis komen: