Keputusan selebihnya perlawanan ke-11 Liga Super 2022

294547969_707597320407183_2684762621409775297_n.jpg

Isnin, 18 Julai 2022, 9:50 pm142

*Melaka Utd vs Selangor*

Pada pertemuan Melaka Utd dengan JDT tempoh hari, ada khabar angin mengatakan Ifedayo tidak diturunkan sebab statusnya sebagai pemain pinjaman ⁽¹⁾.

Tapi sebenarnya dia mengalami kecederaan hamstring, dan pada perlawanan menentang Selangor ini barulah dia diturunkan & menjaringkan 2 gol ⁽²⁾.

Minit ke-79, Melaka Utd hampir² menambah jaringan, cuma gol tidak dikira sebab bola tidak sepenuhnya melepasi garisan, telahpun dikeluarkan oleh pertahanan Selangor.

Sabah vs JDT

Hanya sempat tengok start separuh masa ke-2. Permainan selalu terhenti oleh tiupan wisel pengadil, sama ada disebabkan foul, kecederaan atau offside. Banyak gerakan terbantut.

Sepakan percuma pada saat akhir sekali lagi menghasilkan kemenangan dramatik buat JDT, dan Sabah menjadi pasukan ke-3 dikecewakan sedemikian rupa oleh JDT 😆.

Selangor vs Penang

Perlawanan nampak seimbang bagi kedua² pasukan. Masing² berbalas serangan dengan intensiti sederhana. Cuma apabila Sukri Hamid (Penang) mendapat kad kuning ke-2 ⁽³⁾, barulah Selangor dapat cipta peluang & menjaringkan 2 gol.

Keputusan

5/7
Melaka Utd 2 – 0 Selangor

15/7
Sabah 1 – 2 JDT
Terengganu 2 – 1 Kedah

16/7
KL City 0 – 0 PJ City
Selangor 2 – 0 Penang

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT108202762126
Sabah117131810822
N Sembilan12552148620
Terengganu ↑19513129316
Selangor ↑2104332317615
KL City114251618-214
Kedah ↓3104241419-514
Melaka Utd ↑1103341112-112
PJ City ↑1102441218-610
Sarawak Utd ↓2113171126-1510
Sri Pahang112271320-78
Penang111461220-87

⁽¹⁾ https://semuanyabola.com/isu-ifedayo-pinjaman-dari-jdt-melaka-united-pertimbang-tindakan-undang-undang/
⁽²⁾ https://axello.net/kembali-dari-kecederaan-hamstring-ifedayo-sempat-minta-maaf-ketika-merobek-selangor-2-kali/
⁽³⁾ https://semuanyabola.com/bukan-kami-tak-boleh-main-10-orang-tapi-zainal-gariskan-sebab-penang-tumpas/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/707597353740513/

Tulis komen: