Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Penghujung tahun World Cup

322376799_685690826436641_44795855618993443_n.jpg

Sabtu, 31 Disember 2022, 4:35 pm0

Esok dah nak tahun baru, tahun ini diakhiri dengan dua berita besar .

Pele dah tiada

Lagenda bola sepak, bukan saja di Brazil, tapi juga seluruh dunia, meninggal dunia semalam pada umur 82 akibat kanser usus.

Antara pencapaian beliau yang tiada tandingan ⁽¹⁾:

  • Pada umur 17 tahun, pemain termuda yang menjaringkan hatrik, menjaringkan gol di perlawanan akhir & memenangi Piala Dunia (1958).
  • Memenangi Piala Dunia sebanyak 3 kali (1958, 1962, 1970 ⁽²⁾).
  • Menjaringkan 643 gol daripada 659 perlawanan bersama kelab Santos.
  • Menjaringkan 77 gol daripada 92 perlawanan bersama pasukan kebangsaan Brazil.
  • Menjaringkan 1279 gol daripada 1363 perlawanan sepanjang hayatnya.
  • Paling banyak memberi bantuan (assist) jaringan sebanyak 10 gol di Piala Dunia, 3 daripadanya di perlawanan akhir.
  • Menjaringkan lebih 100 gol dalam 2 tahun kalendar perlawanan (1959: 127 gol, 1961: 110 gol)

Pernah berlaku gencatan senjata perang saudara di Nigeria semata² untuk menonton Pele datang bermain bola.

Selain itu, menurut Pele, kemenangan dengan kelebihan 1 gol, terutamanya jaringan 3-2, merupakan jaringan yang ideal. Justeru, ia dikenali sebagai Pele Score ⁽³⁾.

CR7 menyertai Al-Nassr

Selepas meninggalkan Manchester United sebelum Piala Dunia Qatar, Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, hari Jumaat lalu, dengan nilai €200 setahun, menjadikannya atlet termahal di dunia ⁽⁴⁾.

Perjanjian dikatakan berlanjutan selama 7 tahun, dan CR7 akan menjadi duta bola sepak Arab Saudi sebaik dia bersara kelak ⁽⁵⁾.

⁽¹⁾ https://www.lifestyleasia.com/kl/living/people/pele-football-achievements-and-records/
⁽²⁾ https://www.globaltimes.cn/content/1192724.shtml
⁽³⁾ https://koreajoongangdaily.joins.com/2006/06/12/columns/91FOUNTAIN93The-Pele-Score/2736512.html
⁽⁴⁾ https://axello.net/rasmi-ronaldo-sertai-al-nassr-dengan-kontrak-paling-besar-dalam-sejarah-bola-sepak/
⁽⁵⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/12/1046070/ronaldo-sertai-kelab-arab-saudi-al-nassr

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/828784941621753/

Tulis komen: