Rupa penapis air lepas setahun
Selasa, 14 Februari 2023, 11:50 am0
Penapis air ni dipasang waktu mula² pindah #rumah setahun lalu ⁽¹⁾. Kira bersihlah jugak air #paip PBAPP ni, tak perlu tukar filter terlalu kerap. Kuning² tu mungkin ada karat sikit.
Sebelum ni tak pasti macam mana perpaipan rumah ni. Air kat tandas perlahan macam ada paip tersumbat. Rupa²nya pili kat anak panah biru tu tak buka .
Tak buka sebab sebelum ni ada sikit bocor, air menitis bila tutup semua paip. Ingatkan kena tukar pili yang kat dalam dinding simen tu. Rupa²nya hanya perlu pasang pita PTFE (selotep putih paip) dan ketatkan lagi pengikat pada kepala pili tu.
Sekarang barulah tekanan air kat tandas, termasuk yang ke dalam pemanas air ni jadi kuat. Dapat pasang shower.
Ini projek #DIY, paip shower asal dengan pemanas air tu disambung dengan paip PVC untuk dipanjangkan & disambung dengan kepala shower jenis plastik ni. Murah saja beli kat kedai Mr. DIY, kalau tak silap tak lebih RM10.
Ada baca berita yang sekarang ni penghujung La Nina (tengkujuh), tak lama lagi mula El Nino (kemarau). Kena sedia awal tangki simpanan air.
Tangki air ni kena ada penutup, sebab kalau dibiar terdedah, nyamuk akan membiak, penuh jentik² dalam air.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/awal-bangun-cuci-dapur-pasang-penapis-air/
Earl grey daripada teh ceylon lagi nyaman
16 Februari 2023
12 Februari 2023