Awal pagi bangun, cuci dapur & pasang penapis air

271890588_458023335767481_5697910831916972403_n.jpg

Selasa, 18 Januari 2022, 11:30 am

Awal pagi bangun, cuci & pasang penapis air.

Nasib baik hari ni cuti Thaipusam, ada la masa nak sambung cuci² rumah. Seminggu lebih guna sinki bertekang & berdaki, tak selera nak masak memasak 🤢.

At least sinki ni senang nak cuci. Guna sabun Axion & berus dawai untuk cuci bontot kuali tu, gosok² sampai cukup bersih.

Kat lantai bilik mandi & tandas tu yang kotorannya degil. Dah kena pressure washer, pastu kena clorox sehari, masih ada sisa² warna yang tak menyenangkan kat tile.

Lantai ni mungkin nak kena gosok guna berus dawai tu jugak 🤨.

Pili & penapis air

Antara kekurangan menggunakan paip arah melintang macam ni, semasa diketatkan pili air sinki tu, arah keluar air tu mungkin tak menuju ke atas.

Bagi saya, paip sinki dari arah bawah adalah yang terbaik, dapat adjust arah air keluar dari pili, tanpa perlu modify pili.

Trick yang saya gunakan, potong sedikit hos yang sama saiz dengan bukaan paip, dijadikan sebagai spacer. Supaya semasa diketatkan, dapat adjust arah pili ke atas & paip keluar dapat dipasang pada kedudukan yang betul.

Pastu semasa pasang penapis air, lepas excited dah dapat pasang pili sinki, terlupa pulak nak buka plastik balutan pada filter dalam housing penapis. Patut la ada bocor sikit 😅.

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: