Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tukar wiper, cuaca selalu hujan tengah² El-Nino sekarang

Rabu, 19 Julai 2023, 6:45 pm0

Tukar untuk kedua² sekaligus.

84118135-6339-4F10-8B6E-967163405B0C-scaled.jpeg
Saiz untuk ialah 19” & 18”.

Beli seikat kat Sunshine dapat 2 set, fuiyoo~ 😆. Tapi tak pasti berapa lama akan tahan. Takut ini stok lama, pakai sebulan, getahnya pun hancur 😬.

17A54E06-E40F-453C-A704-2D87167B26F3-scaled.jpeg
Saiz untuk ialah 24” & 16”.

Beli kat Mr , lepas tengok video Chris Wee, ada subscriber dia yang cadangkan guna wiper dari kedai ni, nak cuba jugak.

Sebelum ni saya guna brand Bosch, beli dari kedai kat KL melalui Shopee, tapi hasilnya tak berapa memuaskan. Cermin depan kereta masih nampak basah² bila pasang wiper. Pernah guna brand Bosch kat Viva tapi tak seteruk ini.

Tak pasti sebab kualiti wiper atau cermin depan Polo ni bermasalah, nampak macam ada kesan calar yang boleh merosakkan bilah wiper. Hujung minggu ni nak cuba buat detailing cermin depan tu guna watermark remover ⁽¹⁾.

53AA4A48-9C7D-4D50-87D9-FC4ADA16A200-scaled.jpeg
Tambah air wiper dengan sabun special.

Fungsi Rain Fly ini ialah menambah lapisan perlindungan kalis air bagi memastikan permukaan cermin depan kereta sentiasa bersih.

Ini baru pertama kali pakai, jadi nak tengok dulu keberkesanannya dalam masa sebulan.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/06/cuci-cermin-jangan-sampai-hilang-kuku-/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/948009523032627/

Tulis komen: