Cuba pasang tinted cermin kereta secara DIY kat Perodua Viva

Jumaat, 9 July 2021, 10:05 pm

Cuba pasang tinted cermin kereta secara kat Perodua Viva.

Sambung lagi kerja ⁽¹⁾ bikin ⁽²⁾ ⁽³⁾ ⁽⁴⁾ tak siap² 😅. Kali ni nak cuba belajar pasang tinted, kat cermin penumpang belakang. Asalnya dah ada tinted, tapi tak ingat berapa VLT, agak² dalam 50%. Yang baru ni nak pasang 5%, biar gelap habis. Disebabkan ini hanya cubaan DIY, jadi tinted asal saya biarkan, tak tanggal.

173989835_338018284434654_349173944193220732_n.jpg

① – Saya buka door panel dulu sebelum memulakan semua proses, sebab lebih mudah nak pasang film tinted hingga melepasi dalam door panel.

Saya belajar dari video tutorial kat FB ⁽⁵⁾, tapi yang tu dah pro sangat, dan tinted film dah potong ikut saiz cermin tingkap. Di sini saya cuba untuk potong sendiri ikut saiz tingkap pintu penumpang belakang.

Mula² potong agak² saja bentuk dia, tapi biar lebih besar saiz. Kemudian, dengan menggunakan air sabun & sprayer, lekatkan film kat cermin kereta & surih garis mengikut bentuk tingkap.

Kat sini ada satu kesilapan utama saya buat, iaitu nak potong tinted guna pisau terus kat cermin. Masalahnya, saya tak tekan kuat pisau, takut rosak cermin tingkap & tinted asal. Lepas tu tak cukup skil nak potong ikut garis bentuk dengan tepat, jadi banyak potongan bengkang-bengkok.

Sebaiknya surih garis bentuk tingkat menggunakan marker dulu, kemudian baru potong kat tempat lain yang rata & ada alas.

169147075_338018317767984_9173186778493578953_n.jpg

② – Potongan film tinted pertama yang tak berapa sempurna tu, saya buat jadi template untuk buat potongan baru, untuk kedua² belah tingkap kiri & kanan. Di sini saya gunakan plywood sebagai alas untuk memotong. Barulah dapat tekan lebih kuat & potongan pun lebih lurus.

Satu perkara untuk diambil perhatian semasa memotong film tinted ini ialah mengetahui di mana bahagian plastik pelindung sticker film. Plastik ini yang akan ditanggalkan & film di sini terdapat gam yang akan dilekatkan pada cermin. Pastikan anda potong film tinted ikut bentuk cermin untuk kedua² belah, jangan tersilap terpotong dua keping yang sama untuk sebelah pintu saja. Itu satu lagi kesilapan yang saya buat, nasib baik film tinted ada beli lebih 😓.

Untuk proses melekatkan film tinted pula, lebih kurang macam dalam video tutorial – tanggalkan plastik pelindung sticker, pastu spray air sabun pada cermin & film tinted, kemudian lekatkan, adjust² sikit, dan last sekali ratakan guna scraper.

192275406_338018311101318_3605258752825967036_n.jpg

③ – Saya tak ingat mana saya simpan tinted scraper yang dulu, jadi saya hanya guna kad bank yang dah tak digunakan ni sebagai scraper. Menjadi juga, dapat rata tinted tu melekat kat cermin, tak juga tajam sangat hingga scratch tinted.

Saya buat kerja² pemasangan tinted ni di tempat parking luar rumah, terkena cahaya matahari & persekitaran yang panas. Keadaan begini mungkin tak berapa kondusif untuk memasang tinted sebab air sabun cepat kering & tinted cepat melekat, susah nak adjust kalau film dah melekat kuat pada cermin. Sebaiknya buat di tempat yang teduh & sejuk, tak kena direct matahari.

212309299_338018264434656_8629556660720266554_n.jpg

④ – Ini hasilnya lepas saya check balik 4 hari kemudian. Keseluruhan tinted melekat dengan baik, kecuali pada bahagian hujung² cermin seperti ini.

Bagi saya, tak jadi masalah sangat, sebab cermin belakang ni kebanyakan masanya akan ditutup & bahagian ni takkan nampak.

Dah siap, sekarang pergi jalan² 🚗. Tapi nak ke mana saja sekarang ni, tak dapat merentas daerah, jalan dalam bandar saja pun boring jugak hanya tengok hutan batu. Sebulan lebih lockdown macam sia² saja, kes baru dah menuju ke 10k balik ⁽⁶⁾ 🤷‍♂️.

⁽¹⁾ azwan082.my/2020/12/cara-diy-tukar-getah-luar-cermin-pintu-door-outer-moulding-perodua-viva
⁽²⁾ azwan082.my/2020/12/buang-rubber-seal-soundproof-ganti-baru-getah-pintu-bonet-perodua-viva-part-1
⁽³⁾ azwan082.my/2021/06/kereta-tak-berjalan-buka-seat-cuci
⁽⁴⁾ azwan082.my/2021/06/diy-pasang-speaker-belakang-perodua-viva
⁽⁵⁾ fb.watch/6E1YwJ7mMV
⁽⁶⁾ covid-19.moh.gov.my/terkini/2021/07/situasi-terkini-covid-19-di-malaysia-09072021

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: