Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Camping dalam hujan kat The Treasure @ Taman Herba, Gopeng (UTP Homecoming 2023)

Selasa, 19 September 2023, 9:45 pm0

7EEBDD0F-17E1-41A1-BC35-EDF6F3EEA68B.jpeg
Travel style 1박2일, kalau benda dirancang tak menjadi, kita improvise.

Disebabkan organizer hanya keluarkan jadual program pada hari Jumaat, saya ingat program camping berlangsung pada hari Jumaat. Sebab tahun lalu ⁽¹⁾, camping & BBQ berlaku pada malam sebelum main event iaitu lunch dengan chancellor. Jadi pada hari Rabu, saya dah book hotel kat Lumut untuk bermalam lepas event.

Melihat keadaan semasa:

  • tak ramai yang hadir event lunch alumni.
  • event pada sebelah malam (BBQ & wayang pacak) diadakan di Taman Herba, Gopeng, kira² sejam setengah perjalanan sehala dari Lumut.
  • sedikit sangat orang yang join camping, kalau saya tak ikut, Izhar (roomate dulu) confirm camping sorang² 😆.
  • booking bilik hotel walaupun dah confirm, tapi hanya perlu bayar semasa check-in. Nak cancel free of charge.

Jadi, saya buat keputusan join camping kat The Treasure @ Taman Herba, , dekat exit Simpang Pulai highway PLUS. Kebetulan barang² camping ada disimpan dalam but kereta. Cuma tak bawa sleeping bag, kena beli kat Lotus’s Seri Iskandar, dekat saja, sekali press minyak dari pintu masuk dah sampai 🏎.

Pengusaha campsite ini seorang alumni UTP graduate tahun 2004, super senior, dapatlah kami sikit diskaun untuk bermalam. Tapak kat tepi pokok yang kami pilih ini harganya RM50, dengan RM8 tiket masuk. Kalau tepi tasik tu RM100, kelebihannya dapat pemandangan cantik & dapat memancing terus dari dalam khemah 🎣.

Ini juga peluang untuk cuba pasang car flysheet / awning yang dah lama beli tapi belum pernah pakai. Awalnya saya pasang pole untuk flysheet tu kat belakang khemah, tapi sebab peg yang datang bersama flysheet tu jenis nipis, susah nak cucuk dalam tanah, sampai bengkok peg tapi tak kuat melekat. Sekali angin deras datang, berterbangan flysheet tu. Terpaksa pasang seperti dalam gambar – hujung flysheet diikat bersama kaki khemah, dan pole dipasang di tepi pintu kereta & diikat pada tayar kereta, lagi stabil.

Kena pasang flysheet ini bukan apa, sebab penutup kat atas khemah tu dah hilang. Tak tahu kat mana simpan lepas camping tahun lalu 🥲.

AA9F0B66-AAE8-4AEB-81F0-D26F3EB9C7E5.jpeg
BBQ lambat start, jadi saya masak ramen mi kentang (potato noodle soup / 감자면) ) dulu dalam kebasahan hujan 🤪.

Nasib baik waktu pasang khemah, hujan belum turun. Cuma lepas flysheet kena tiup angin & lepas adjust bagi kukuh sikit, barulah hujan lebat turun sampai hari malam.

7F7EB2A9-88FE-40AC-8793-FA427BB2DEDB.jpeg
Kira² pukul 9 lebih barulah hujan reda. Dapatlah start makan² BBQ & program borak² santai.
9F6FA3DB-5CB4-44F7-8022-CFC6E63764D3.jpeg
Dalam pukul 10 mula tengok wayang pacak, filem Malay Regiment (2017).

Saya tak berapa tengok jalan cerita, cuma perhatikan senjata & kenderaan yang digunakan askar. Banyak Land Rover Defender inspektor sahab.

Wayang habis pukul 12, tak dapat lepak lama², saya mula gerak dari Penang pukul 6 pagi ⁽²⁾, dah berat mengantuk, terus pergi tidur 🥱.

08D3D0A3-195B-4023-94F2-60E673480038.jpeg
Ada kolam renang untuk kanak² di depan kawasan tandas & bilik mandi ini.

Pada bahagian depan ini hanya bilik mandi. Tandas semua kat belakang. Saya rasa ramai yang tak tahu, sebab selalunya bangunan bilik air begini mana ada pintu di bahagian belakang, ingat hanya ada hutan jak kat belakang. Mungkin tu sebab dalam bilik mandi ni sedikit berbau, orang kencing kat sini sebab tak tahu ada tandas kat belakang.

Selain itu, lampu dalam & luar bilik air ini hanya terpasang pada waktu malam. Pada waktu pagi, dah padam sendiri, dan tak jumpa suis untuk pasang lampu. Mungkin pengusaha campsite boleh pasang atap translucent untuk membolehkan cahaya matahari masuk menerangi dalam tandas / bilik mandi. Pagi² saya mandi terpaksa guna lampu dari telefon untuk menyuluh 😅.

B4E6A1B3-678E-434B-AAE7-D80355E2E3CF.jpeg
Sarapan pagi mestilah waffle dengan peanut butter bersama Nescafe ☕.

Disebabkan di sini ialah taman herba, jadi ada beberapa pokok dengan label nama. Yang ini agak aneh:

C3E4C4F8-28B2-4F5E-A385-178503D371B7.jpeg
Saya pernah dengar nama pokok sambung nyawa sebelum ni, rupanya begini pokok tu.

Sebelah kanan tu pokok ketum ayam, entah² ini pokok ketum yang buat khayal tu. Tak pun kalau ayam makan daun pokok tu, ayam jadi khayal 😵‍💫.

Kalau tahun depan ada lagi event camping, saya nak upgrade khemah, pakai yang double layer dengan groundsheet. Lepas tu flysheet / awning ni mungkin nak cari yang lebih berkualiti, yang ini harganya agak murah dengan saiz 4.4 meter panjang x 2 meter lebar, tapi pada lapisan waterproof dekat jahitan fabrik tu dah ada tertanggal sikit, sampai bocor & basah bila berteduh kat bawah. Kereta pun nak upgrade jugak? Nak cari SUV murah, supaya dapat konon² offroading & pasang awning tinggi 😁.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/09/solo-camping-kat-utp-utp-alumni-homecoming-2022/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2023/09/banyak-road-block-ke-utp/

Komentar (4):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/982198316280414/

Pingback: Melawat Jambatan Victoria kat Kuala Kangsar

Pingback: Mencuba mi ramen kentang

Pingback: Taman Dinosaur UTP + Kinta Riverfront

Pingback: Review Hotel Sagittario, Ipoh

Tulis komen: