Masak roti canai kuah dhal kat rumah
Ahad, 12 November 2023, 7:50 am0
Beli yang dah siap buat, cuma panaskan saja guna toaster atau microwave, dah boleh dapat #makan roti terbaik di dunia ini ⁽¹⁾.
Dalam sebungkus kuah dhal ada 2 mangkuk plastik, manakala roti canai dalamnya ada 2 bungkusan kecil, setiap bungkusan ada 4 keping roti.
Panaskan semangkuk kuah dhal & 4 keping roti canai, saiz hidangan ini cukup untuk 2 orang.
Nak panas kuah dhal boleh guna microwave, roti canai pula boleh guna toaster. Saya hanya ada sandwich maker, jadi kena guna frying pan untuk panaskan, tanpa minyak, selama 5 minit.
Kena panaskan dulu roti canai, lepas tu letak ke tepi. Bubuh beberapa titis minyak dalam frying pan, pecahkan sebiji telur, letak balik roti canai serta-merta ke atas telur tadi & goreng sampai masak.
Selamat hari raya Deepavali .
⁽¹⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/roti-canai-dinobatkan-roti-terbaik-di-dunia-436718
Episod terakhir Jeon So Min bersama Running Man
15 November 2023
Install Selenium + NodeJS + geckodriver (Firefox) on MacOS
11 November 2023