Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Aih, nangis kawan 😭

E59FD239-48A5-41F9-8FBC-5A518C837514.jpeg

Khamis, 25 Januari 2024, 9:50 pm0

Kisah Malaysia hampir menewaskan pasukan ke-3 terbaik Asia.

Corak permainan kembali kepada high pressing, tapi kali ini pertahanan lebih berdisiplin marking pemain lawan & lebih cepat turun untuk membentuk formasi bertahan.

Gol pertama Korea disahkan oleh VAR. Dari sudut kamera penonton, nampak bola hanya melintas garis gol & Syihan menepis keluar, tapi dari sudut tepi tiang gol, bola dah melepasi garis.

Separuh masa pertama, Korea mendahului satu gol.

Gol pertama Malaysia tiba selepas Arif Aiman nampak gugup menggelecek pertahanan Korea, namun Faisal Halim mendapat hantaran dan dengan cantik membuat sepakan turn kick yang mengelirukan pertahanan & penjaga gol Korea.

Gol kedua muncul menerusi penalti oleh Arif Aiman selepas VAR mengesan kaki beliau disepak oleh pertahanan Korea.

Untuk beberapa seketika, Malaysia di hadapan, rasa di awangan mendahului pasukan antara yang terbaik Asia.

Namun beberapa kesilapan dalam bertahan menyebabkan berlaku kekasaran, menghadiahkan sepakan percuma kepada Korea & menjaringkan gol kedua, seterusnya mereka mendapat penalti untuk gol ketiga.

Kredit besar diberi kepada Syihan kerana gol² tersebut bukan mudah² saja diberikan. Sepakan percuma, bola terkena palang lalu memantul tangan Syihan yang mahu menepis bola. Sepakan penalti pula Syihan dah meneka arah yang betul, tapi lawannya Son Heung Min, membuat sepakan deras world class.

Di penghujung permainan, masa tambahan 12 minit, tapi mungkin ihsan diberi pengadil, pada minit ke-14 selepas 90 minit masa penuh, Romel Morales yang baru saja dimasukkan, menyempurnakan gol susulan gerakan tersusun Malaysia disaat² akhir.

Tahniah , walaupun terkandas, tapi persembahan kali ini yang kami banggakan 🎉.

25/1
Korea Selatan 3 – 3 Malaysia (https://youtu.be/wjpw4T1ACyw)

Brader dalam gambar: https://www.facebook.com/share/p/GtDx2gzddCRrkrhb/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1053015159198729/

Tulis komen: