Ais krim lavender rasa rumput + bunga daisy sejenis paku pakis?
Khamis, 18 April 2024, 7:30 pm0
Memang sedap, manis, sedikit aroma lavender, cepat mencair dalam cuaca panas walaupun kat tanah tinggi, cuma aftertaste dia ada aroma macam dari daun rumput yang dilenyek².
Lokasi: Lavender Garden, Cameron Highland, #Pahang. Masuk seorang RM20, aiskrim lavender tu pulak RM8.
Agaknya ini kereta Haji Bakhil yang Labi cakap macam setan tu .
Pertamanya, rumpun daun & batang bunga nampak sama seperti tumbuhan paku pakis. Keduanya, media tanaman yang digunakan adalah seperti habuk kayu, sabut kelapa atau serpihan dari pokok sawit, menyerupai media tanah gambut, yang mana banyak pokok paku pakis tumbuh di kawasan tanah tersebut.
Fertigasi di sini sedikit berbeza dengan di Big Red Strawberry Farm ⁽¹⁾, pokok strawberry ditanam dalam beg plastik panjang dan bukannya dalam pasu.
Minimum petik 200 gram buah strawberry pada harga RM12 untuk maksimum dua orang pergi tuai.
Lantai di tingkat ini menggunakan besi mesh, boleh nampak terus ke taman di tingkat bawah, kalau gayat baik jangan naik sampai ke sini .
Tapi kebanyakan frame yang dipamerkan memaparkan berkenaan tebuan (hornet) & kumbang, hanya satu saja contoh lebah.
Di sebelah kanan gambar ada cafeteria. Terdapat juga surau di sini, di tepinya ada struktur seperti istana di theme park, itu merupakan kedai jualan produk makanan daripada hasil kebun di sini. Sebelum laluan keluar, ada tandas & kedai cenderahati. Kiranya kalau nak berbaloi tiket yang dibeli tu, boleh lepak sini sepanjang hari, tempat makan, berak, rehat, solat, semua ada .
Banyak menjual mainan, pakaian, makanan ringan termasuk cucuk² sate, jagung rebus, pau & ubi kukus .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/04/nasi-lemak-strawberry-boleh-masuk-kah/
Melawat ladang penternakan lebah madu
19 April 2024
Betul lah bulu biri² macam kapas
17 April 2024