Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tanaman cili padi — pindah ke polibag

Jumaat, 29 November 2019, 6:00 am0

Anak pokok cili padi ini berumur 10 minggu apabila dipindahkan ke polibeg.

① – Tanah yang saya gunakan untuk menanam cili ke polibeg adalah tanah campuran yang terdiri daripada tanah kebun yang saya ambil dari kebun adik saya di Serian, dan juga tanah organik yang dibeli dari Ninso.

Kadar campuran adalah kira² dua bahagian tanah kebun dengan satu bahagian tanah organik. Terdapat tanah kebun yang saya ambil mengandungi banyak batu atau tanah yang keras, jadi kena dihancur²kan tanah tersebut semasa proses ini.

② – Polibeg yang saya gunakan ini saiznya seingat saya antara 10×12 ke 12×12. Sebilangan polibeg saya dah beli lama dulu dari kedai barangan kebun di Batu 4½ Jalan Kuching – Serian. Ada juga polibeg yang saya beli dari kedai Ninso, 7 keping sebungkus.

Bagi yang belum tahu, kedai Ninso adalah kedai barang harga rendah tetap, iaitu RM2.30 untuk setiap barang, lebih kurang macam kedai Daiso dan kedai Eco.

③ – Polibeg diterbalikkan dari dalam ke luar sebelum diisi dengan tanah.

④ – Isi tanah sebanyak kira² 1/5 ke 1/4 penuh polibeg tersebut.

⑤ – Cabutkan satu anak pokok cili daripada dulang semaian.

⑥ – Letakkan anak pokok cili tersebut di atas tanah dalam polibeg, kemudian isikan polibeg dengan tanah sehingga menutup akar pokok dan pokok mampu berdiri sendiri. Tidak perlu ditekan² tanah ini supaya padat, cukup hanya menggoncang dan menghentak² sedikit polibeg sehingga tanah menjadi sedikit mendap dan padat.

⑦ – Err, ini bukan ritual apa² 😅, hanya nak tunjuk cara alternatif untuk menghalau nyamuk ketika berkerja di kebun. Gunakan bekas telur jenis kertas, bakar sedikit kemudian padamkan api yang menyala, biarkan bara api kecil membakar kertas itu sedikit² sambil mengeluarkan asap yang dapat menghalau nyamuk.

Banyak sangat nyamuk dan lalat mengganggu konsentrasi semasa buat kerja berkebun ni 😖.

⑧ – Ini 12 polibeg yang dah siap dipindahkan anak pokok cili, disusun di sini dahulu sebagai tempat sementara. Keseluruhannya, ada 34 polibeg untuk diisi dengan pokok cili padi.

Kawasan penanaman cili sehingga ianya berbuah akan dilapik dengan plastik hitam bagi mengelakkan rumput dan juga bagi memastikan pengurusan tanaman yang optimum. Proses ini akan saya kongsikan pada artikel minggu depan.

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan penanaman cili dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Tulis komen: