Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat ladang penternakan lebah madu

Jumaat, 19 April 2024, 2:40 pm0

9B5B6F0D-91FD-4DF5-B758-5C1DEB98B5BF.jpeg
Kotak sarang lebah diletak satu persatu begini. Buah yang tergantung tu nampak macam buah markisa, tapi bagak² saiznya 🤨.

Ingatkan kotak sarang lebah tu diletak bertingkat² macam dalam channel Just Alex ⁽¹⁾.

Lokasi: Ee Feng Gu Bee Farm, Brinchang, . Masuk percuma, tempat parking sebenarnya ke tingkat bawah, tapi saya ter-parking kat tempat bas di tingkat atas.

Kemudian saya masuk ke kedai serbaneka kat pintu utama. Tersesat sekejap, tercari² mana ladang lebahnya?

Dari kedai serbaneka tu kena turun ke tingkat bawah, ada kedai cenderahati & pameran poster info berkenaan lebah kat sana.

96BED9E0-2BAA-467A-8A31-306EB67A2693.jpeg
Baru sampai kat tingkat G, kena turun lagi 3 tingkat, barulah sampai kawasan tepi bangunan kedai tempat penternakan lebah madu.
C7132F10-5962-45B2-B54F-0AC570AA1BC1.jpeg
Ada taman bunga dengan patung² lebah yang mukanya nampak angker 😰.

Memandangkan pengunjung boleh masuk ke sini begitu saja tanpa disediakan sut lebah, jadi ada risiko untuk kena sengat lebah, kena sangat waspada.

Di atas lantai di laluan bahagian kanan gambar di atas, saya jumpa beberapa ekor lebah, antaranya sudah pun mati, jadi saya tak nak trigger lebah² tu, cepat² beredar dari kawasan taman ini.

5DE7196F-DA39-486B-B19F-42320734D737.jpeg
Antara deretan kotak sarang lebah, tak semuanya berisi koloni lebah, cuma yang sebelah kiri, kotak warna kuning tu saja meriah dengan lebah masuk keluar.
B9E111CA-671C-4A5C-9521-DD90EFB6C98C.jpeg
Ada kolam ikan berdekatan tempat pintu masuk.

Ikan² nampak kelaparan, ke mana saja saya pergi mereka berenang ikut pergi dekat. Cuba perhati kat dasar kolam, duit² syiling yang dibuang tu kalau kutip, mungkin dapat bayar bil hotel ampat bintang 🤪.

⁽¹⁾ https://youtube.com/@just_alex

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1101945160972395/

Tulis komen: