Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ais krim lavender rasa rumput + bunga daisy sejenis paku pakis?

Khamis, 18 April 2024, 7:30 pm0

B263F65E-8FFE-4853-A32C-1C955EB7C035.jpeg
Kan sesetengah orang rasa daun coriander tu macam sabun, begitulah perbandingannya.

Memang sedap, manis, sedikit aroma lavender, cepat mencair dalam cuaca panas walaupun kat tanah tinggi, cuma aftertaste dia ada aroma macam dari daun rumput yang dilenyek².

Lokasi: Lavender Garden, Cameron Highland, . Masuk seorang RM20, aiskrim lavender tu pulak RM8.

16194CD6-E554-458B-A8EE-ABBC05C2F0DE.jpeg
Antara tarikan utama dekat pintu masuk, klasik Morris, tumpuk² warna ungu.

Agaknya ini kereta Haji Bakhil yang Labi cakap macam setan tu 😆.

E3FCC7DC-575C-4DCD-BADB-4B01FD37AD02.jpeg
Bunga daisy ni macam pokok paku pakis rupanya.

Pertamanya, rumpun daun & batang bunga nampak sama seperti tumbuhan paku pakis. Keduanya, media tanaman yang digunakan adalah seperti habuk kayu, sabut kelapa atau serpihan dari pokok sawit, menyerupai media tanah gambut, yang mana banyak pokok paku pakis tumbuh di kawasan tanah tersebut.

03D567CC-7033-41E6-95FD-562C65F8A3C4.jpeg
Tingkat paling atas, kawasan tanaman yang mana pengunjung boleh petik sendiri.

Fertigasi di sini sedikit berbeza dengan di Big Red Strawberry Farm ⁽¹⁾, pokok strawberry ditanam dalam beg plastik panjang dan bukannya dalam pasu.

Minimum petik 200 gram buah strawberry pada harga RM12 untuk maksimum dua orang pergi tuai.

Lantai di tingkat ini menggunakan besi mesh, boleh nampak terus ke taman di tingkat bawah, kalau gayat baik jangan naik sampai ke sini 😅.

555869DC-9AF1-48FF-9817-D2D4CF603896.jpeg
Sini section berkenaan & lebah.

Tapi kebanyakan frame yang dipamerkan memaparkan berkenaan tebuan (hornet) & kumbang, hanya satu saja contoh lebah.

E0BF73F6-A786-405C-85A4-CAE44EF2C1C1.jpeg
Di section madu lebah ini juga ada pemandangan & sungai yang indah dengan air mengalir di celah batu.

Di sebelah kanan gambar ada cafeteria. Terdapat juga surau di sini, di tepinya ada struktur seperti istana di theme park, itu merupakan kedai jualan produk makanan daripada hasil kebun di sini. Sebelum laluan keluar, ada tandas & kedai cenderahati. Kiranya kalau nak berbaloi tiket yang dibeli tu, boleh lepak sini sepanjang hari, tempat makan, berak, rehat, solat, semua ada 😁.

691DAEED-AAF0-4984-992E-53F70849368A.jpeg
Selepas pintu keluar, dalam perjalanan turun, masih ada banyak lagi kedai² di tepi laluan ini.

Banyak menjual mainan, pakaian, makanan ringan termasuk cucuk² sate, jagung rebus, pau & ubi kukus 😋.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/04/nasi-lemak-strawberry-boleh-masuk-kah/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1101490564351188/

Tulis komen: