Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Straw Coffee Bean & Tea Leaf diperbuat daripada beras

Khamis, 2 Mei 2024, 7:50 pm0

Patut la lepas berendam lama dalam , straw tu jadi lembik 😅.

DB95AD4D-7987-4981-ABF7-499AE617675A.jpeg
Kopi mocha ais, RM16.30.

Yang ini bagus berbanding J.CO ⁽¹⁾, tak manis, kurang berasa coklatnya, pastu rasa pahit kopi agak kuat.

Boleh minta kopi extra shot, tapi saya pilih amaun biasa saja, tak nak bubuh krim. Mungkin guna biji kopi Arabika sebab lebih kurang rasa kopi Starbucks ⁽²⁾.

FD84AEC4-B427-4F53-94C9-B5A0875CD528.jpeg
Straw beras, sebelum & selepas.

Mulanya saya suspect ini jenis straw biodegradable diperbuat daripada kertas. Belek² picit² straw tu, keras semacam plastik, ingatkan diperbuat daripada rumpai laut.

Lepas habis , pergi meng-Google, jumpa artikel ini ⁽³⁾ 😮.

Bila dah diserap air, straw tu macam tiub getah. Saya kunyah sikit straw yang dah lembut tu, rasanya tawar & aneh 😂.

Bayangkan kunyah serpihan tortilla tawar yang liat tapi ada aroma kopi sekali 🥴.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/04/mencuba-kopi-donat-j-co/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/12/tak-pernah-lagi-beli-starbucks/
⁽³⁾ https://worldofbuzz.com/did-you-know-you-can-eat-the-straws-in-your-coffee-bean-tea-leaf-drinks

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1109989606834617/

Tulis komen: