Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hujung tahun dah?

Sabtu, 9 Disember 2023, 5:50 pm0

0B24825A-07B8-4B04-9BF7-B85971358C70.jpeg
EvoEnduro 2023 dah start dari KL ke Chiang Rai untuk perjalanan 6000 km.

Hujung bulan ni saia nak buat enduro drive sendiri pulak, ada yang nak join sama² drive 600 km? Ke Kuantan would be nice~ 😁.

5A18F374-FB48-49C8-A948-816CE5DDBBBD.jpeg
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023, JDT lawan Terengganu di padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak kena konsert Coldplay.

Tak dapat tengok live sebab internet Digi dah auto ditukar daripada unlimited kepada quota 135GB yang dah habis kelmarin. Ingat nak beralih kepada internet fibre, owner rumah kata ok boleh pasang, tapi bila check coverage untuk Unifi, Time, & Maxis, semua tak jumpa alamat apartment ni.

Rasanya ini peluang terbaik untuk upgrade phone. Sebab jumlah bil Celcom kat iPhone dengan bil Digi kat 4G adalah RM207. Kalau cancel Digi, pastu tukar plan postpaid Celcom dengan device, bawah 200 sebulan boleh dapat iPhone 15, dapatlah cuba 5G network & upgrade kualiti gambar tempat² melancong tahun depan.

7395EBCC-5AF5-42A0-ADB9-7CB348022F11.jpeg
Company buat clearance untuk tutup ofis, dapat projector & air purifier, tapi dah tak dapat jumpa awek ofis lagi 😔.

Buat wayang kat rumah, cuma speaker belum ada lagi.

9D37CDE9-0C70-446E-96F0-88BFFCA7A76A.jpeg
Hari ini pergi mandikan , vacuum dalam sekali, tapi kain lap yang dipakai pekerja tu bau stong 😷.

Nasib baik ada beli spray air freshener, Glade Fresh Lemon, kasi sekali sembur sebelum pergi gunting rambut.

Kat kedai gunting rambut Sri Mun, tiba giliran, pergi duduk kat kerusi:

Barber: pendek?
Saia: [angguk]
Barber: [say no more] 😎

Simple, tak banyak cerita, dia potong rambut pendek macam abam pulis, baru ringan kapla 🤪.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1025313038635608/

Tulis komen: