Tonton MyTV dilengkapi info rancangan semasa di smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Selamat tinggal Digi, hello Yes!

7536EA88-1638-46C1-A49B-6D82384E081A.jpeg

Khamis, 4 Januari 2024, 8:25 pm0

Masa untuk mencuba rangkaian .

Tengahari tadi saya pergi cancel Digi Internet & beralih kepada Yes Broadband, ambil pakej RM99 sebulan kontrak 2 tahun, sebagai satu langkah rasionalisasi.

Pelan Digi Internet yang saya telah gunakan sejak berpindah ke Penang ⁽¹⁾ hanya menyokong rangkaian 4G dan kuota data 130GB, dengan bayaran bulanan RM159 termasuk cukai.

Pelan Yes Broadband ini pula menyokong rangkaian 4G & 5G. Bagi 4G kuota data adalah 150GB, manakala 5G tiada had. Walaupun di kawasan apartment di sini tak sampai coverage 5G, sekurang²nya dapat kuota 4G yang lebih banyak pada harga yang lebih rendah, iaitu RM104.95 sebulan termasuk cukai. Bukan itu saja, pelan ini datang sekali dengan yang menyokong 5G.

Impresi awal menggunakan broadband ini adalah positif. Saya tak perlu nak letak router betul² di tepi tingkap untuk cari signal. Hanya letak dalam bilik dah boleh dapat full bar.

Kelajuan internet 4G juga boleh diterima. Kalau sebelum ni dalam pukul 8 malam, line internet Digi sangat lembab sampai nak buka mana² website pun selalu timeout, dengan andaian ramai yang menggunakan internet pada masa tersebut, lalu ia menyebabkan sambungan internet jadi perlahan. Dengan Yes Broadband, lajunya lebih kurang sama seperti pada waktu bukan kemuncak.

Harapnya kualiti sambungan internet begini kekal walaupun semakin ramai pengguna pada rangkaian Yes.

P.s: walaupun tak dapat pakai rangkaian 5G yang tiada had buat masa sekarang, ini salah satu kelebihan menggunakan mobile internet (berbanding internet fiber) & menyewa rumah. Nanti² mungkin pindah ke tempat lain yang ada rangkaian 5G, lebih mudah untuk membawa router ke rumah baru, daripada terpaksa cancel internet fibre kat rumah sekarang, kemudian kena apply baru kat rumah seterusnya 🤐.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/cuba-guna-4g-signal-booster-untuk-wifi-rumah/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1040630803770498/

Tulis komen: