Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara menonton saluran MyTV & TV negara jiran kat Android TV / Smart TV menggunakan TiviMate

Rabu, 26 Jun 2024, 11:50 am0

Jadi anda telah membeli / baru, ada sambungan internet broadband fibre / , tapi tak dapat signal TV digital atau tak dapat pasang antena, ini cara bagaimana nak tengok saluran TV / radio Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia menggunakan aplikasi , TiviMate.

E1539BE0-0B4A-44CC-A39F-1DF98970065E.jpeg
TiviMate.

Apa itu IPTV?

Senang cakap, teknologi untuk menonton saluran TV menerusi penstriman internet.

Apa beza dengan TV digital?

TV digital tidak menggunakan sambungan internet, tapi disiarkan menerusi stesen pemancar & isyaratnya diterima menggunakan antena yang disambung kepada TV atau dekoder yang menyokong format DVB-T2.

Kenapa nak guna IPTV berbanding TV digital?

IPTV sesuai digunakan dalam situasi berikut:

  • TV anda jenis smart TV / Android TV
  • Anda telah mempunyai sambungan internet berkelajuan tinggi – broadband fibre atau 5G.
  • Kediaman anda tak sampai isyarat TV digital.
  • Anda tak ada / tak tahu / tak mahu pasang antena TV.

Selain itu, disebabkan IPTV menggunakan sambungan internet, jadi anda juga boleh menggunakan telefon pintar, tablet dan laptop untuk menonton TV menerusi teknologi IPTV.

Apa aplikasi untuk menonton IPTV?

Dalam artikel ini, saya memfokuskan kepada aplikasi yang digunakan pada peranti Android TV / smart TV, iaitu TiviMate. Anda boleh cari aplikasi ini di Google Play Store menggunakan kata kunci ‘tivimate’ & memasangnya dalam TV anda.

Sebelum ini saya menulis artikel menumpukan kepada aplikasi OTT TV ⁽¹⁾. Pada pendapat saya, fungsi pada OTT TV adalah lebih banyak & berguna berbanding TiviMate, yang mana ciri² penting pada TiviMate hanya terdapat dalam versi premium.

Macam mana cara guna TiviMate?

Aplikasi TiviMate berfungsi sebagai pemain (player) kepada siaran TV yang distrim. Senarai saluran TV pula disediakan dalam bentuk senarai main (playlist). Aplikasi ini tidak menyediakan playlist siaran IPTV.

Mana nak dapatkan playlist?

Di sini saya memperkenalkan produk langganan MY IPTV, perkhidmatan playlist IPTV yang menggabungkan saluran TV / radio dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia. Sumber siaran adalah dari website MyTV mana-mana, tonton, RTMKlik, RTBGo, mewatch & vidio.

Dengan menjadi pelanggan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja mendapat akses kepada lebih 100 siaran TV & radio dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia, bahkan anda mendapat maklumat rancangan semasa (EPG), terutamanya siaran TV dari Malaysia.

Tiada pendaftaran diperlukan, melainkan e-mel dan alamat pengebilan anda semasa melakukan pembelian untuk tujuan mencipta pautan playlist khusus untuk anda.

Pakej langganan bermula dari tempoh sebulan sehingga setahun. Jika anda hanya mahu mencuba dahulu, boleh pilih pakej sebulan 👇.

1 Month
3 Months
6 Months Save 2%
1 Year Save 4%

Jika langganan anda telah aktif, anda hanya boleh memperbaharui atau melanjutkan langganan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tamat.

Bagaimana nak guna playlist ini pada TiviMate?

C532B902-60E5-49CB-BC50-A192F9B70098.jpeg
Apabila anda buka aplikasi TiviMate buat pertama kali, akan tertera mesej begini.

Tekan pada ‘Add playlist’ > Playlist type: M3U playlist > Enter URL.

E2D66A84-33E7-4B1F-9F05-2D3B49DC0DF4.jpeg
Masukkan pautan playlist yang anda terima dalam e-mel > Next.
E2D35BA9-B835-43D5-B93D-DF3AEE4F5A68.jpeg
Senarai saluran telah selesai dimuatkan, tekan ‘Next’.
D7CBB3A6-9C20-4D77-8E1E-DB1EEE835B9C.jpeg
Untuk EPG (intisari rancangan), telah auto diisi pautan khas untuk akaun anda, tekan ‘Done’.

Setelah selesai, pergi ke menu sebelah kiri, TV > MY TV.

98DDED35-CF16-413F-A0C3-43690196CF40.jpeg
Senarai TV Malaysia. Klik pada nama saluran, contohnya TV1, untuk menonton.

Antaramuka TiviMate sekarang ada paparkan tetingkap video kecil seperti dalam gambar di atas, kena klik nama saluran sekali lagi untuk tukar ke mod skrin penuh (fullscreen).

Jika anda buka halaman ini buat pertama kali, kemungkinan logo saluran atau intisari rancangan belum habis dimuatkan lagi, kena tunggu beberapa saat untuk kesemuanya selesai.

Satu kekurangan TiviMate ialah fungsi mengemaskini senarai intisari rancangan secara automatik hanya ada pada versi premium, berbanding OTT TV yang akan mengemaskini setiap hari walaupun dalam versi percuma.

Satu cara untuk mengatasi kekurangan ini selain membeli premium adalah dengan mengemaskini EPG secara manual:

Dari menu sebelah kiri, pergi ke Settings > EPG > Update EPG.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/06/cara-menonton-saluran-mytv-tv-negara-jiran-kat-android-tv-smart-tv-menggunakan-ott-navigator/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1143724190127825/

Tulis komen: