Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Setiap kereta yang tak ada voltmeter kena ada peranti ini

Selasa, 4 Jun 2024, 11:45 am0

BBF5FC87-663A-413C-9267-B58D1FC51CB4.jpeg
USB charger dengan meter voltan dari Mr. , harga dalam lingkungan RM12.

Di samping dapat mengecas telefon atau peranti lain menerusi USB, dapat juga mengetahui tahap kesihatan kereta.

A5C4E348-4D31-4210-B433-DCC0235B2C4C.jpeg
Gambarajah tahap voltan yang sesuai untuk operasi optimum.

Voltan bateri kereta secara umumnya adalah sekitar 14V. Apabila ia telah menurun di bawah 12V, ada kemungkinan kereta tak dapat di-start, situasi yang umumnya orang gelar ‘bateri kong’.

D370021A-D63E-4A40-8202-6DFA0BDD4A70.jpeg
Voltan saya ialah 13.3V semasa enjin terpasang, kiranya ‘not bad’ untuk bateri yang berumur sekurang²nya dua tahun.

Arus elektrik ialah 0.2A, sangat rendah (julat: 0 – 2.4A), mungkin arus yang digunakan untuk menyalakan LED nombor² tu saja. Manakala 5.0 tu ialah voltan pada USB port.

Pada waktu malam, nyalaan LED tu agak terlalu terang bagi saya sehingga mengganggu penglihatan. Isu ini saya selesaikan dengan mudah, iaitu dengan menetapkan kedudukan paparan di sebalik kabel² USB, ataupun boleh juga lekatkan selotep lut cahaya pada paparan LED tersebut.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1130236291476615/

Tulis komen: