Baru nak mencuba kopi mocha McD
Ahad, 8 September 2024, 6:45 am0
Biasanya saia ke McD order kopi O (americano) atau kopi susu (latte).
Kelmarin kembali ke The Mines mencari barang² hardware rumah, kedai²nya jauh² belaka, letih kaki berjalan, ditambah penat mengangkut barang² pindah rumah.
Duduk rehat sebentar di McD nak #minum petang kopi dengan lepat pisang, tapi McD tak jual lepat pisang, jadi tukar lah ke apple pie .
Dari rupa, nampak macam milo panas, sekali hirup pun agak keliru sikit. Tak terasa aroma kopi arabika & tak juga ada rasa milo. Banyak rasa coklat yang sedikit manis, sangat sedikit rasa pahit kopi & majoriti rasa gabungan kopi & coklat itu sendiri.
Dah nak habis diminum, nampak lebihan coklat di dasar cawan, rasanya seperti coklat gelap yang manis, tapi dalam bentuk serbuk. Mungkin coklat Van Houten, dan pastinya bukan Cadbury sebab minuman coklat Cadbury memang lain rasa serbuk koko yang digunakan.
Rumusannya, ia rasa unik McCafe, mungkin sebab saya order kopi panas , biasanya order mocha ais.
Tukar bateri kereta sebelum tak dapat start langsung
9 September 2024
Mencari tempat parking di KLIA2
7 September 2024