Buat kopi McD homemade

Sabtu, 23 Oktober 2021, 11:45 am411

Buat kopi McD homemade.

Ini jadinya bila selalu tengok video camping, macam² nak ikut 😅. Yang ni saya cuba ikut buat titis (drip coffee). Guna biji kopi belum dikisar, saya kisar sendiri guna pengisar manual, 2 sudu besar biji kopi untuk satu mug stainless steel ni, boleh exercise tangan pagi² 💪.

Brand kopi yang saya guna ialah Mister Coffee, jenis Arabica. Mesti jenis Arabica asli, tanpa campuran dengan jenis lain, barulah dapat rasa kopi McD tu. Cara buat & bancuh kopi ni pula ikut sama macam dalam video box car camper Jepun ni – https://youtu.be/jzNgqrPID-M?t=133.

Saya hanya tambah sedikit gula, 2 sudu kecil, nak kurangkan rasa pahit & kelat tapi tak sampai rasa manis. Bila seimbang rasa pahit & manis tu, barulah nikmat pagi².

☕

Komentar (1):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/405492194353929/

Pingback: Masih banyak biji kopi tapi dah expired

Tulis komen: