Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tukar bateri kereta sebelum tak dapat start langsung

9E013159-C357-4FDA-8B37-BFA56A68DF22.jpeg

Isnin, 9 September 2024, 10:55 pm0

Waktu servis minggu lalu ⁽¹⁾, mekanik ada check, katanya bateri dah tak simpan banyak cas lagi.

Lebih kurang macam bateri smart phone yang tunjuk berapa peratus battery health tu. Bacaan voltan semasa enjin terpasang adalah kira² 13V ⁽²⁾, tak terlalu rendah.

Tapi dah beberapa kali starter motor teragak² bila crank. Semalam semasa kat Lotus’s Puchong, enjin hampir² tak nak start, karan semakin lemah untuk menggerakkan starter motor.

Tu yang terus cari BateriHub, tak nak tunggu sampai tersadai baru nak tukar bateri. Jenama bateri yang dipakai sekurang² 2 tahun ini ialah Incoe, dengar kata tauke kedai, brand ni tak berapa tahan lama.

Lalu terus tukar ke brand yang lebih baik (menurut tauke tu), MF12. Sekarang pakai sambil test lagi tengok sampai tak 2 tahun lebih penggunaan bateri brand ini.

Gambar: mekanik tukar bateri sambil enjin terpasang, supaya komponen elektronik dalam kereta tak reset.

Cerita pasal Lotus’s pula, di kawasan Puchong ada 2 Lotus’s:

  • Lotus’s Puchong – parking berbayar & ruang lebih kecil.
  • Lotus’s Extra Bukit Puchong – parking free, pasaraya lebih besar & lebih banyak jenis barangan.

🛒

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/08/servis-kereta-sebelum-merantau-jauh/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2024/06/setiap-kereta-yang-tak-ada-voltmeter-kena-ada-peranti-ini/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1192014415298802/

Tulis komen: