Lampu kecil depan PoloSedan pun tukar ke LED

Ahad, 27 Oktober 2024, 6:40 pm
Proses penukaran lebih kurang sama macam mentol Viva ⁽¹⁾ yang saya pernah tukar dulu.
Jenis mentol pun sama, T10, cuma yang ini saya dapat diskaun, jadi RM6.90 sepasang, kat kedai Mr #DIY.
Tak perlu guna apa² peralatan, cuma perlu cabut soket wayar terlebih dahulu, lepas tu pulas pemegang mentol arah lawan jam. Punyalah ketat pemegang mentol tu sampai luka² jari nak pulas sekuat hati .
Bila nak pasang balik, pulas ikut arah jam. Sekali lagi, sekarang dah tak lagi #kereta nampak buta sebelah .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/11/tukar-lampu-kecil-depan-perodua-viva-kepada-jenis-led/
Dekat 2 bulan tak kayuh basikal
2 November 2024
26 Oktober 2024