Kanji sagu, orang kat kawasan utara Borneo panggil ‘ambuyat’.
Sekarang dah ada linut segera, macam megi pulak.Dalam bungkusan ada pek tepung sagu, air linut, sambal dan sayur terung asam.Berdasarkan panduan pada bungkusan, mesti guna air mendidih, isi sampai takat yang dilabel.Tapi sebaiknya tuang air di bawah takat tersebut, kalau tak jadi macam ni, agak terlalu cair, tak dapat gulung kat chopstick.Cara lain, guna garpu. Cicah sikit kat sambal & sayur terung asam yang dicampur dalam piring.
Jujur cakap, linut / ambuyat ni bukanlah makanan kegemaran saya. Rasanya tawar kalau #makan begitu saja, sebab tu mesti cicah dengan sambal. Atau setidak²nya lawan dengan kicap dan limau.
Sambal terung asam tu kuat pedasnya. Ni ada dua igek lagi bungkusan linut dengan sambal asli, bila nak abis?
P.s: kat bungkusan hanya ada tulis ‘produk keluaran Muslim’, tak ada logo halal Jakim, mungkin belum dapat pensijilan.