Pasta campur cedok sendiri

Selasa, 25 Februari 2025, 9:20 pm

5B6D200D-ED11-4E9A-8439-90C6F9DC3657.jpeg
Chicken Chop Station di Wisma Central, tepi KLCC.

Tahun lalu semasa masih ada kerjaan di KLCC, kalau pergi ke Wisma Central mesti menu ni. Sebab kat tempat lain tak jumpa lagi yang buat konsep begini.

Konsep nasi campur, tapi tak ada nasi, hanya pasta: spageti & makaroni, dan cedok sendiri lauk seperti chicken chop BBQ atau goreng, sosej & sayur campuran brokoli, kobis bunga & lobak merah.

Saya suka seleksi ini: makaroni goreng, dengan chicken chop BBQ, sayur campur, dituang dengan sos cendawan. Nampak sikit dalam pinggan bagak tu, tapi kekenyangan lepas melahap 😋.

Jumlah semuanya RM14 termasuk air oren RM1 tapi dapat free refill.

28798F35-8E99-4366-8047-5F0A7DD6E984.jpeg
Lengis! 😆

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1314025019764407/

Tulis komen: