Seminggu lepas tukar engine mounting & steering rack
Sabtu, 1 Februari 2025, 8:10 am0
Tak cukup pomen, terpaksa tinggal #kereta kat bengkel.
Al-kisah, awal pagi sabtu pergi hantar #PoloSedan ke Autohaus, minggu lalu dah check barang apa yang nak kena tukar ⁽¹⁾. Kiranya kalau ada seorang mekanik yang tugasnya hanya uruskan satu kereta tu, kira boleh lah siap dalam satu hari. Lagipun kalau ada kereta customer lain yang boleh siap dalam masa beberapa minit, seperti hanya tukar minyak hitam, itu yang menjadi keutamaan (priority) untuk siap dulu.
Hujung² dekat pukul 3 petang, pomen kata memang takkan sempat siap, dah la malam nak kena pergi KLIA. Guna plan B, pergi cari kereta sewa. Ini lagi satu hal, takkan dapat kereta sewa untuk kes² emergency, mesti kena booking awal, beberapa hari sebelum nak mula sewa. Call kira² 3-4 kedai kereta sewa, kereta kecil² semua dah fully booked, yang ada paling murah pun Alza yang sehari RM400, kereta pun jauh kat Kepong.
Akhirnya guna plan C, ambil Grab ke stesen ERL Putrajaya, pastu guna KLIA Transit ke KLIA2, tiket RM8.50, ambil kira² setengah jam dah sampai. Balik dari KLIA2 pun pattern yang sama, pikul kotak naik KLIA Transit ke stesen ERL Putrajaya, pastu naik Grab balik rumah kat Puchong.
Hari Isnin cuti, ambil kereta dari bengkel dalam pukul 5 petang, naik Grab lagi. Dapat lagi naik kereta lain sambil buat sedikit review. Grab pertama naik Bezza, bila lalu jalan menggerutu, dalam kereta rasa bunyi berdentum², macam duduk dalam kotak sambil ada orang ketuk² dari luar .
Naik Saga MC2, driver dia macam Lewis Hamilton, bila keluar exit highway yang berpusing² tu, kitorang yang duduk kat seat belakang, dari duduk kat sebelah kiri boleh beralih ke sebelah kanan .
Grab terakhir, naik Alza Veloz, driver dia gaya abah², drive hati², borak² sikit, sampai tak sempat nak beri perhatian kepada driving feel MPV tu. Tapi keseluruhannya agak selesa & power pun cukup².
Berbalik kepada kereta PoloSedan, ini kos penggantian engine mounting, steering rack & beberapa part suspension:
- Steering rack + rack end = 1440
- Tie rod end L/R = 160
- Lower arm L/R = 530
- Lower arm ball joint L/R = 200
- Engine mounting LH (gearbox) = 320
- Engine mounting RH = 350
- Engine mounting (rod) = 220
Dah tukar semua ni, sudah tentu gegar² & bunyi² kat steering dah hilang. Enjin semasa idle pun tak berasa, macam enjin tengah off. Semasa memandu lalu bonggol atau jalan tak rata, dah tak ada bunyi² besi berlaga, tapi disebabkan sifat shock absorber Bilstein yang baru tukar tahun lalu ⁽²⁾ tu yang lebih kepada sporty, kalau drive perlahan, lebih kuat berasa alunan ketidakrataan permukaan jalan .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/01/adoi-sampai-bubus-kasut-beta/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2024/03/siap-salin-habis-absorber-dasauto/
Scone ni kiranya kuih tart raya DIY
1 Februari 2025
Nak buat pizza, jadinya bruschetta
23 Januari 2025