Tukar cabin air filter secara DIY
Jumaat, 7 Mac 2025, 6:45 pm
Nanti dah pakai #kereta EV pun masih ada komponen ni, untuk tapis angin air cond.
Jadi tak rugi pun untuk belajar tukar sendiri. Tak perlu apa² tool pun.
Tak ingat bila kali terakhir tukar filter ni, yang ada ditulis pun dalam 3 tahun lepas ⁽¹⁾. Mungkin dah lama sangat sampai kadang² boleh masuk bau asap dari luar.

Filter baru, kertasnya masih keras, warna hitam² sikit, mungkin ada lapisan charcoal filter. Filter yang lama dah nampak makin putih & ‘berbulu’ .

Kebiasaan cabin air filter terletak di dalam glove box. Untuk #PoloSedan, ia terletak di bawah dashboard sebelah penumpang. Hanya perlu tolak & slide 2 keping penutup filter tu & dah boleh keluarkan filter lama.
Bila nak pasang filter baru, kena perhatikan anak panah menandakan arah aliran angin. Kalau salah pasang mungkin angin air cond yang keluar jadi lembik.

