Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pergi repair air cond pulak

2B5C99A3-D034-4F9E-A98C-591E0DADDA3A-scaled.jpeg

Rabu, 14 Jun 2023, 7:50 pm0

Mula² pergi ke satu workshop bertentangan CIMB Bayan Baru, minta tolong check kenapa air cond tak sejuk.

Satu problem mereka jumpa, kipas condenser air cond tak pusing. Lepas tu jumpa lagi problem lain, wiring kipas condenser tu dah diubah tak macam original.

Saya tak berapa pandai sangat part wiring di sini, tapi apa yang saya faham, wire positif untuk kipas condenser diambil daripada relay ke kipas radiator. Lepas tu diletak fius kat wire tu. Fius tu pulak kakinya dah berkarat & patah, sebab tu karan tak jalan.

Pekerja kedai ni kata dia pun tak berapa pandai sangat nak buat wiring ni. Dia suruh ke satu kedai repair air cond kereta berdekatan, bertentangan dengan stesen Shell.

Brader kat kedai ni yang terangkan pasal wiring yang dah berubah daripada asal tu. Lepas tukar fius & betulkan sambungan wire, check lagi air cond, dah ok, tapi tak berapa sejuk, sebab kurang gas. Terus minta isi gas air cond sampai tahap optimum, sebab kalau gas kurang, compressor mungkin terganggu, sebab kena kerja lebih untuk pam gas air cond.

Kos untuk tukar fius, wiring & top-up gas air cond semua RM50.

Sehari lepas air cond dah ok, semasa berhenti kat lampu trafik & nak mula gerak, masa masuk gear, tiba² keluar bunyi kat belting air cond. Bila off air cond, hilang bunyi tu. Saya saspek mungkin problem sama ada kat belting air cond, pulley ataupun compressor air cond tu sendiri.

Tengahari tadi baru ada kesempatan untuk singgah workshop yang biasa saya pergi ⁽¹⁾. Lepas check², mekanik kata mungkin belting yang longgar, jadi dia adjust tensioner belting, bagi ketat lagi. Lepas tu bila bawa test, ok dah tak ada lagi berbunyi kat belting compressor air cond.

Balik kerja tadi pun ok, tak ada bunyi² pelik lagi. Cuma masih lagi bau asap dari luar masuk ke dalam kabin. Hujung minggu ni nak cuba tutup lubang masuk angin ke blower air cond.

😌

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/06/eh-dapat-pulak-kereta-ni-jalan-/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/928235908343322/

Tulis komen: