Resipi mi jjajang yang diperbaiki

photo-output-scaled.jpeg

Selasa, 24 Jun 2025, 11:30 pm

Sebelum ni ⁽¹⁾ saya hanya campur sos jjajang tu dengan mi, sayur rebus & lauk seperti telur atau ayam. Hasilnya macam mi kicap bersup, kurang memuaskan.

Cara masak yang lebih sempurna ialah dengan memekatkan sos jjajang tu dengan mencampurkan tepung jagung. Sebaiknya tambah sos jjajang dengan tepung jagung tu ke dalam sayur yang tengah masak.

Dalam gambar di atas, saya guna lobak merah rebus, dan protein pula menggunakan chicken tenders yang dimasak dalam air fryer. Mi pula guna mi kering.

Hasilnya, dengan tekstur mi dan sos yang pekat, perasaan macam mi indomie. Walaupun rasanya di lidah berbeda, tapi kalau tambah lagi MSG dan serbuk bawang putih, mungkin menjadi tu 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/06/raya-haji-makan-mi-kicap-korea/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1404019494098292/

Tulis komen: