Menang tapi tak dapat saksikan gol

IMG_0503.jpeg

Khamis, 9 Oktober 2025, 10:25 pm

Perlawanan pertama selepas kontroversi dokumen palsu 7 pemain naturalisasi ⁽¹⁾.

Kelayakan Piala Asia AFC 2027 kali ini kat Laos. Kamera kat stadium diorang ni pakai CCTV ka kamera fon cokia? Kabur, low resolution & asyik hilang signal.

Dah la kualiti padang pun teruk, permukaan padang macam permukaan kebun sayur, bola bergolek melantun². Pemain nak sepak bola tersepak angin.

Pada separuh pertama nampak team Malaysia bermain dengan rentak perlahan, terlalu berhati². Mungkin sebab belum menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

Morales pun asyik tergelincir, tak pasti sebab stud boot dia tak cukup, mungkin nak kena pakai stud untuk hari hujan, atau salah padang.

Dari suara pengulas di RTM, dapat dengar suara pengulas berbahasa Laos, mungkin diorang dalam bilik yang sama. Lepas tu disebalik bunyi sorakan & nyanyian peminat Malaysia yang ada di Laos, peminat bola kat sana suka bising dengan vuvuzela.

First half bertelur dua.

Separuh masa kedua, signal kamera makin teruk, sekejap² hilang. Macam karan kat rumah sewa saya sekarang, sikit² breaker trip, dah tak tau nak cek plug atau suis mana yang short circuit, seakan random sambungan elektrik tu terputus. Dah malas saia nak peduli, tak lama lagi pindah rumah sendiri.

Berbalik pada game bola, separuh kedua team Malaysia meningkatkan halaju gerakan, namun seringkali dihadkan oleh keadaan padang.

Kesemua gol tak dapat tengok secara live. Gol pertama oleh Arif Aiman, buat sedikit turn & merembat dari luar kotak penalti.

Gol kedua oleh Dion Cools, bola ditepis keeper dan dia sambut, seterusnya menolak ke dalam gol.

Di hujung² perlawanan, bila nak freekick, foam yang ref guna untuk buat garis untuk letak bola, pun dah kehabisan, tak nampak kat mana line.

Gol ketiga di saat² terakhir perlawanan oleh Faisal Halim, membawa bola secara solo & rembatan berjaya menembusi gugusan pertahanan.

Laos 0 – 3 Malaysia (https://youtu.be/GxGGBoOcd60)

P.s: pendapat saya berkenaan kontroversi pemain naturalisasi – semasa diumumkan beberapa orang pemain naturalisasi diterima masuk jadi pemain kebangsaan, saya fikir hanya tunggu masa saja untuk sesuatu yang tak kena akan berlaku, dan bila berlaku, akan merugikan pasukan. Sebab nampak agak aneh, hampir kesemua pemain kebangsaan datang dari luar, macam senang² saja diterima kerakyatan. Ya, mereka bermain dengan bagus dan menghasilkan keputusan positif, tapi perjalanan mereka tak dapat diikuti oleh peminat tempatan, entah dari mana saja tiba² muncul mengaku datuk nenek mereka lahir di Malaysia. Sebab tu saya lebih gemar mengenali pemain asli dalam negara, seperti Arif Aiman & Faisal Halim, nampak pertumbuhan karier mereka dari mula beraksi dalam liga domestik sehingga sekarang.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/share/p/17SUPX9kSX/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1491290918704482/

Tulis komen: