Begitulah penamat cerita John Cena

Ahad, 14 Disember 2025, 3:50 pm
Bunyinya ramai tak puas hati Gunther buat Cena tap out tapi itulah yang Cena mahukan.
Dalam banyak tulisan di page peminat #WWE, Cena dilaporkan mahu tumpuan diberikan lebih kepada penggusti muda. Sebab tu match SNME tadi mengetengahkan Oba Femi, Sol Ruca, Je’Von Evans & Leon Slater, semuanya masih dalam jenama NXT.
Lain dengan Gunther, dia sudah establish, dah pernah jadi IC & World Heavyweight Champion, dan dia juga yang kalahkan Goldberg dalam perlawanan persaraannya. Tapi dia dipilih sebab wataknya sebagai The Ring General, gaya gustinya lebih kepada pro wrestler, berbanding sports entertainer: tak pakai banyak move yang nampak buang masa atau poyo
.
Dari sini kena lihat dulu sejarah John Cena. Pada mulanya wataknya adalah ruthless aggression, lepas tu jadi rapper, kemudian bermulanya era ‘hustle, loyalty, respect’ & never give up, sebelum munculnya Super Cena. Boleh nampak yang watak Cena adalah seseorang yang kuat & kental, tak mudah mengalah.
Tapi pengakhiran watak John Cena sebagai penggusti adalah dia tap out pada sleeper hold Gunther.
Cena ada terangkan kenapa dia pilih untuk bersara. Dia rasakan bila fizikalnya dah tak dapat beraksi selincah & setanding dengan penggusti muda, dia kena berundur. Dengan memilih untuk tap out kepada penggusti yang lebih muda, ia adalah simbolik kepada prinsip yang telah dia katakan selama ini. Tapi ia bukan bermaksud mengalah (give up).
Gunther merupakan watak yang paling sesuai untuk menamatkan riwayat John Cena. Dia tak terlalu emosional atau mudah dipengaruhi. Tujuannya hanya ada satu, iaitu ‘to retire John Cena’. Lepas menang, habis match, Gunther terus balik. Kalau bagi Cody Rhodes yang lawan, ada nanti dia yang over² menangis peluk² Cena
.
—
Bagi saya, bila diimbas kembali, dalam tahun 2007-2009, saya mengikuti WWE secara mingguan. Ramai yang kata musuh paling ketat Cena adalah Edge & CM Punk. Tapi bagi saya, adalah Randy Orton.
Hampir setiap minggu dan setiap PPV akan ada Cena lawan Randy Orton. Ada beberapa babak paling saya ingat berkenaan perseteruan mereka, seperti Orton nak bakar Cena guna pyro, Orton sepak (punt kick) kepala bapa John Cena & Orton tampar pengadil untuk sengaja disqualify diri sendiri supaya Cena tak dapat menang title.
Manakala crowd pop yang paling besar semasa entrance Cena, adalah di Royal Rumble 2008. Asalnya, pada Oktober 2007, Cena mengalami kecederaan pectoral muscle, dan dilaporkan tak dapat beraksi antara 6 bulan hingga setahun.
Mungkin masa tu tak banyak sumber kat internet yang nak cari spoiler atau buat spekulasi, jadi semua peminat WWE termasuk saya sendiri, langsung tak expect yang Cena akan kembali beraksi dalam masa terdekat. Dalam beberapa episod RAW pun sering disebut Cena mungkin akan kembali semasa Summerslam (biasanya bulan Ogos).
Tapi dalam Royal Rumble bulan Januari, hanya 3 bulan selepas out of action, Cena masuk sebagai peserta nombor ke-30, seterusnya menang rumble untuk layak jadi main event Wrestlemania 24. Kisah² begini yang banyak membentuk impresi & persepsi umum berkenaan watak John Cena: ramai yang kagum & ramai juga yang meluat. Sebab tu wujudnya chant:
Let’s go Cena! Cena sucks!
—
Dalam SNME tadi, bila Cena kalah, seluruh arena terkedu, sama macam bila Undertaker kalah kepada Brock Lesnar dalam Wrestlemania 30
. Video live event tadi ada kat Youtube, simpan sini jadi kenangan:
https://www.youtube.com/live/NCVmnQkDUXA
Sesungguhnya selepas ini, “you can’t see him”.
@azwan082_my Last time is now
23 November 2025