19 September 2021, 9:50 pm
#KotaKinabalu skybridge ini merupakan jejantas panjang yang menyambungkan beberapa bangunan komersial di tengah bandaraya KK iaitu Oceanus Shopping Mall, Api-api Centre & Asia City. Sambungan ke Centre Point baru nak dibina tahun depan ⁽¹⁾.
#jalan
#KotaKinabalu
18 September 2021, 10:45 pm
Kat bungkusan baja AB pepejal selalunya ada arahan untuk membancuh, berapa banyak air untuk berat baja yang ada. Baja AB yang saya beli ini ⁽¹⁾ beratnya 1 kg untuk setiap satu, dan kena bancuh dengan 4 liter air. Hasilnya akan ada 4 liter baja A & B yang masih berkepekatan tinggi, untuk disimpan sebagai stok, dan kena dicairkan lagi bila nak diguna pada tanaman #hidroponik.
#hidroponik
#kebun
17 September 2021, 7:55 pm
Dalam design pun asalnya warna-warni. sekarang dah tukar cat satu warna, ‘homesteadonomics grey’ 😅.
#Matang
#pasaraya
16 September 2021, 11:35 am
Ada 3 part untuk #resipi sempena hari Malaysia hari ni - masak nasi guna mess tin, masak sayur kuah kari Jepun & pan-seared ikan salmon.
#makan
#resipi
15 September 2021, 8:00 pm
Tapi belum ada kesempatan lagi nak keluar ambil gambar. Biasanya kalau keluar waktu petang, dah ramai orang beriadah kat taman. Lebih² lagi esok hari cuti umum, mesti sesak taman dengan orang berjoging.
#Kuching
#panorama360
14 September 2021, 7:50 pm
Orang tengah buat wiring kereta si #emau ni ikut check, tengah buka karpet & cuci² dalam Unser pun dia jadi tukang inspect ⁽¹⁾.
#emau
#kereta
13 September 2021, 12:00 pm
UiTM & Perak, 2 pasukan yang akan turun ke Liga Perdana musim depan, mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir. Enjin lambat panas, atau pasukan lawan bagi can 😅? Kedah & Penang pula layak menyertai Piala AFC.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021
12 September 2021, 9:00 pm
Walaupun saya banyak menulis berkenaan #bolasepak Liga Malaysia, tapi untuk liga luar seperti EPL, saya tak berapa follow. Post ini hanya untuk saya simpan info perpindahan lagenda bola sepak Man Utd & antara pemain terhebat dalam tempoh masa sekarang, iaitu Cristiano Ronaldo.
#bolasepak
11 September 2021, 8:50 pm
Jalan Sabah-Sarawak (SSLR) baru saja nak mula dibina bulan ni ⁽¹⁾, nak kena tunggu 5 tahun lagi baru siap, itu pun kalau ikut jadual. Kalau ikutkan rekod, projek² pancing undi macam ni selalunya 10 tahun lepas umum pun tak confirm siap, lihat #jalan Matang-Malihah & Hospital Petra Jaya 🤷♂️. Oleh itu, ini langkah pertama nak cuba cari sendiri jalan ke Limbang guna jalan sawit & jalan balak, upgrade #kereta Unser jadi offroader.
#DIY
#emau
#jalan
#kereta
10 September 2021, 9:30 pm
Menurut SOP yang dikeluarkan SDMC, pergerakan antara daerah dalam zon selatan Sarawak hanya untuk perkhidmatan perlu, kena ada permit polis atau surat majikan, dan dah lengkap vaksin ⁽¹⁾. SOP MKN untuk Lembah Klang lebih ringkas, hanya yang dah lengkap vaksin boleh rentas ⁽²⁾.
#jalan