Rabu, 27 April 2022, 9:50 pm
Bayar zakat fitrah online bagi penduduk Penang.
Sejak mulanya penjarakan fizikal akibat pandemik, tak dapat nak membayar #zakat secara bersemuka & berjabat tangan. Jadi kena guna cara moden, secara dalam talian.
Kalau sebelum ni saya duduk kat Kuching, kena bayar zakat fitrah menerusi Baitulmal Sarawak ⁽¹⁾. Sekarang dah pindah ke Penang, bayar menerusi Pusat Zakat Pulau Pinang, alamat laman web ialah zakatpenang2u.com.
Kena daftar akaun dulu dalam sistem Zakat Pulau Pinang (ZPP), kena ada alamat e-mel & nombor telefon aktif. Lepas daftar, dah boleh log masuk.


Kaedah pembayaran pula menggunakan FPX atau JomPAY. Sekarang kalau ada FPX, boleh dikatakan semua bank dah boleh guna.
Lepas bayar, nanti sistem terus download resit bayaran dalam fail PDF. Boleh simpan untuk filing income tax tahun depan 😄.
⁽¹⁾ azwan082.my/2020/05/cara-membayar-zakat-fitrah-menggunakan-portal-baitulmal-kamek
Komentar