Harga petrol menurun sejak awal bulan ni, rahmat untuk frontliners.

29 March 2020, 11:10 am

Harga petrol menurun sejak awal bulan ni, rahmat untuk frontliners.

Imbas kembali #hargapetrol sejak awal tahun ni. Ia berada dalam trend menurun, kemudian naik sikit pada tengah Februari, sebelum jatuh mendadak pada bulan Mac:

Harga siling (RM)
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – tiada
• Diesel – 2.18

Januari, minggu 1
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – 2.65 (+0.02)
• Diesel – 2.18

Januari, minggu 2
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – 2.62 (-0.03)
• Diesel – 2.18

Januari, minggu 3
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – 2.53 (-0.09)
• Diesel – 2.18

Januari, minggu 4
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – 2.49 (-0.04)
• Diesel – 2.18

Februari, minggu 1
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – 2.41 (-0.08)
• Diesel – 2.18

Februari, minggu 2
• RON 95 – 2.04 (-0.04)
• RON 97 – 2.34 (-0.07)
• Diesel – 2.08 (-0.10)

Februari, minggu 3
• RON 95 – 2.06 (+0.02)
• RON 97 – 2.36 (+0.02)
• Diesel – 2.14 (+0.06)

Februari, minggu 4
• RON 95 – 2.08 (+0.02)
• RON 97 – 2.38 (+0.02)
• Diesel – 2.14

Mac, minggu 1
• RON 95 – 2.08
• RON 97 – 2.40 (+0.02)
• Diesel – 2.13 (-0.01)

Mac, minggu 2
• RON 95 – 1.89 (-0.19)
• RON 97 – 2.19 (-0.21)
• Diesel – 1.96 (-0.17)

Mac, minggu 3
• RON 95 – 1.82 (-0.07)
• RON 97 – 2.10 (-0.09)
• Diesel – 1.87 (-0.09)

Perintah kawalan pergerakan (#MCO) bermula.

Mac, minggu 4
• RON 95 – 1.44 (-0.38)
• RON 97 – 1.74 (-0.36)
• Diesel – 1.75 (-0.12)

Mac, minggu 5 (minggu ni)
💛 RON 95 – 1.38 (-0.06)
💚 RON 97 – 1.68 (-0.06)
🖤 Diesel – 1.68 (-0.07)

Harga minyak dunia mula menurun pada pertengahan Februari, semasa China berada dalam keadaan lockdown disebabkan #Covid19, menyebabkan permintaan menurun.

Kemudian akibat kegagalan rundingan antara OPEC dan Russia, pengeluaran minyak kekal tinggi walaupun permintaan menurun (sebab semakin banyak negara diserang wabak Covid-19), seterusnya menyebabkan harga minyak semakin menurun.

Harga petrol turun, pengguna pun turun ke stesen minyak #petronas utk isi tangki #kereta.

Woop, jangan cepat sangat, dengar harga murah sikit terus nak beli. Sekarang tengah MCO nak jalan² ke mana? 3 hari lalu bila pegi kedai saya tengok masih ramai yg merayau², tak nampak pun pergi singgah ke kedai atau pergi kerja. Jalan perlahan² tengok sekeliling, macam tengah raon². Malam² pun masih ada dengar bunyi kereta & moto bising² speeding kat main road. Rasanya diorang ni tengah ‘menikmati’ RON 97 yg tengah murah sekarang 😤.

Harga petrol murah kali ni bukanlah utk dinikmati orang biasa yg tidak terlibat dalam membendung Covid-19, tapi sebenarnya rahmat untuk frontliners seperti petugas kesihatan, ambulans, petugas keselamatan seperti polis & tentera, dan juga pekerja yg berada dalam perkhidmatan penting seperti bekalan makanan, pasaraya, penghantaran, dsb. Mereka dah meletakkan diri dalam risiko tinggi untuk menghadapi wabak bagi memastikan essential services & businesses tidak tergendala. Sekurang²nya mereka tidak dibebankan dgn kos petrol yg tinggi.

Nota: Harga diesel dah sama dgn RON 97 😮.

Pin It Send

Komen sikit: