Kadar penggunaan petrol 4 bulan lepas bolt-on turbo

  • 145062394_245065573729926_2180807285583524806_n.jpg
  • 145705751_245065627063254_8545892389353802454_n.jpg

Sabtu, 6 Februari 2021, 10:10 am

Kadar penggunaan petrol 4 bulan lepas bolt-on turbo.

Selalunya lepas bolt-on turbo ramai yang kata kuat makan petrol, tapi tak ada yang secara spesifik menyatakan berapa banyak perbezaan & apakah pertukaran (trade-off) yang diperoleh.

Saya ada menyimpan rekod pembelian & penggunaan petrol untuk saya, sejak mula beli dulu hingga habis bayar sekarang. Cara pengiraan kadar penggunaan (fuel consumption) yang saya buat adalah berikut:

  • Kadar penggunaan petrol = Jumlah jarak (km) / jumlah isipadu petrol diisi (L)

Tiap kali membeli petrol, saya akan catat perbatuan (mileage) kereta kemudian berapa ringgit diisi. Kemudian berdasarkan harga petrol semasa, saya dapat berapa liter isipadu petrol yang diisi dalam tangki.

Saya kategorikan pengiraan ini kepada 2 konfigurasi enjin yang saya guna pada Perodua Viva ini:

  • Naturally-aspirated (NA), dengan gear manual
  • Turbocharged (TC), dengan gear auto

Untuk NA, saya ambil rekod dari tahun Januari 2014 hingga Ogos 2016. Jumlah jarak perjalanan ialah 25,389 km dan saya mengisi sejumlah 1,487.6 liter petrol.

Untuk TC pula, dari Oktober tahun lalu hingga minggu ini. Jumlah jarak perjalanan ialah 10,725 km dan sebanyak 695.1 liter petrol telah digunakan.

Dengan itu, ini perbandingan kadar penggunaan petrol:

  • NA = 17.06 km/L
  • TC = 15.43 km/L

Sebagai perbandingan, Bezza boleh dapat 21.3 km/L dan Axia 21.6 km/L, kat website Perodua ada tulis.

Jadi, bagus ke tidak?

Saya rasa, ikut penilaian individu. Saya rasa tak ada beza sangat pada kadar penggunaan petrol. Banyak berjalan, banyak juga isi. Biasalah tu.

Tapi apa yang saya dapat setelah memasang bolt-on turbo ialah lebih cepat sampai ke destinasi & kurang rasa letih. Semasa halaju rendah (30-60 km/j), kereta dapat memecut hingga 80-90 km/j dengan cepat, kemudian dibiarkan meluncur (cruising) secara santai. Kalau dibandingkan semasa guna enjin NA, tekan sampai ke lantai, enjin meraung, tapi perlahan nak naik halaju (speed up).

Boleh dikatakan dengan bolt-on turbo, enjin 660cc dapat memberi kuasa seperti enjin 1.0L, memang padan penggunaan petrol naik sedikit.

Dan sekarang dengan menggunakan gear auto, memandu lebih rileks, tak perlu payah² tukar gear sambil cari jalan. Drive laju² ke Sibu macam dalam video dashcam drive Journey to Sarikei semalam (azwan082.my/post/11017), pun tak cepat penat.

Hanya hilang 2 km bagi setiap liter petrol, tapi dapat pemanduan & perjalanan lebih selesa, kira berbaloi jugak tu.

Ini baru 4 bulan, nanti bila dah kumpul data hingga 2 tahun, kita kira lagi 😎.

Dah bercerita pasal petrol, tengok untuk minggu ke-2 Februari 2021, semua naik 📈.

🟡 RON 95 – 1.93 (+0.03)
🟢 RON 97 – 2.23 (+0.03)
⚫️ Diesel – 2.11 (+0.04)

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: