Unboxing Indoor Digital Antenna MyTV USB powered

Isnin, 7 September 2020, 11:55 am1,707

Aerial ini khas digunakan untuk mendapatkan signal digital TV pada dekoder . Model yang saya dapatkan ini sesuai untuk lokasi dalam lingkungan 40 km dari stesen pemancar. Stesen pemancar kat sini adalah di Gunung , jaraknya dalam berbelas km, jadi ok lah.

Produk ini adalah jenis powered antenna, ia mendapatkan tenaga elektrik daripada USB port bagi menggandakan (amplify) kekuatan signal yang diterima dari stesen pemancar. Kat dekoder MyTV ada 2 USB port, boleh cucuk terus kat situ.

Tempat yang paling sesuai untuk diletakkan aerial ini adalah berdekatan dengan tingkap, ataupun di tempat yang tinggi. Saya letakkan di atas rak besi 5 tingkat (tinggi 6 kaki). Tapak aerial ini bermagnet, jadi bila letak kat atas rak, terus melekat, tak risau akan jatuh.

Beli kat sini 👉🏻 https://c.lazada.com.my/t/c.bz1eiu?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fnew-digital-tv-uhf-indoor-antenna-35dbi-with-usb-booster-dtv-sgmytv-i955348191-s2441792974.html

:

▶ https://youtu.be/sr37Z_-Ikq4

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/175877537315397/

Pingback: WWE Smackdown kat channel RTM HD Sports.

Pingback: WWE Smackdown kat channel RTM HD Sports

Tulis komen: