Oktober 2020

Keputusan perlawanan ke-9 Liga Malaysia 2020

28 September 2020, 11:55 am

PJ City vs JDT - Kredit diberikan kepada keeper PJ City, Kalamullah Al-Hafiz kerana berjaya mengekang beberapa percubaan dan sepakan percuma dari JDT. Kalau minggu lalu keeper Selangor dah lama tak diturunkan dan mungkin tidak bersedia, kali ni keeper PJ City sudah bersedia menghadap sepakan percuma Safawi Rasid. Padang yang basah & kesediaan pemain PJ City antara faktor JDT sukar untuk mendapatkan gol kemenangan.

Ketidakstabilan politik ganggu pembangunan + harga petrol minggu ke-5 September 2020

26 September 2020, 9:30 am

Beberapa hari lalu mendakwa ada majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan, tapi sampai hari ni belum ada lagi kerajaan baru. Ramai yang memberi respon yang ini bukan masa sesuai untuk perebutan kuasa ⁽¹⁾. Dengan masalah & kegawatan , ketidakstabilan politik akan ganggu proses pemulihan. Bursa saham pun ada jatuh sedikit ⁽²⁾.

Keputusan perlawanan ke-8 Liga Malaysia 2020

22 September 2020, 10:11 am

JDT vs Selangor - pada separuh masa pertama, formasi Selangor adalah teratur dan kompak, serta high pressing menyebabkan JDT terkial² nak mencari jaringan. Hanya ada sedikit percubaan on-target, dan hanya satu jaringan dihasilkan daripada sepakan percuma Safawi Rasid. Keeper Selangor, Farizal Harun, yang lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, bergantung sepenuhnya kepada benteng pertahanan, gagal untuk meneka arah sepakan Safawi.